Wednesday, July 4, 2012

Urgh

Aku rasa aku sedang mengalami masalah jiwa la. Hidup tak gembira. Asik nak marah. Dalam twitter memanglah boleh hahaha sana hohoho sini. Tapi di sebalik tabir takde siapa tau. Betul ke aku hahaha hohoho hihihi. Kan? Heh.

Tengok keadaan rumah lagi rasa menderita. Mainan sana sini. Almari mcm tong sampah. Baju main sumbat je. Habuk lagi. Cuaca makin panas lagi. Aku fed up. Kemas kemas pon paling lama tahan 2 hari. Rasa macam "buat apa la aku susah payah kemas, lebih baik aku duduk je."

Tengok anak anak lagi aa. Dgn perangai memasing. Jasmine dah susah tido siang. Aku taktau la kenapa. Dah takde dah tido 2-3jam sekali jalan masa siang. Dulu dia tido camtu, bangun happy je. Pastu main2. Kalau dia terlelap, terlelap la kejap. Skrg tido kejap terbangun. Pastu nangis. Mata lelap. Tepuk2, tak tido. Nangis makin kuat. Kena la angkat. Pastu ltk, sekejap bole la. Pastu dah merengek ngantuk. Arghhhhhhh. *Tarik rambut!*. Fifi pulak camtu la dia. Anak terabai. Kdg2 datang mengada dia, memang aku rasa nak lempang je. Nangis dibuat2. Erghhhhhhh.

Pastu bila gi jalan, pon aku stress. Jasmine boleh duduk dalam carseat. Boleh tertido siap. Tapi dia punya pe'el terkujat2 tu masih ada. So sikit berubah dia terbgn. Kadang takde apa kacau pon, dia terbangun gak. Ntah bila la nak bole duduk dalam carseat secara normal. Kesian aku tgk. Mata ngantuk, dah tido 15-30 minit, tak semena2, terkejut. Pastu bgn, melalak. Apa lagi lah kan? Dalam kesian kesian. Aku marah jugak. Ya. Anak2 aku memang dari baby dah kena marah. Tak elok tapi ntahlah.

So kesimpulannya aku stress. Bila orang suggest, suh aku take time off kejap. Oh well. Cakap senang. Buat nya susah. Jasmine doesn't take bottle dan reasons lain jugak lah.


- Posted using BlogPress from my iPhone

6 comments:

Mama Panda said...

huhu... aku simpati...

mmg xleh nk amik time off (how la?) when u're a mother. lagi lak u tercampak nun jauh di jepun tu. moga2 blik malaysia nnt leh rehat2 sikit cos ade org nk tgk2kan bdk2 tu..

Nurain_Mummy said...

Btul tu Lin...easy for people to say, sabarlah...rileks la... I nak tengok bila org tu Ada dlm keadaan kita...dia boleh sabar ke tak....I faham dan sedang lalui masalah yg sama dgn Ain....nasib baik, buat masa skarang, Awsam masih behave...

Fahreen Fredo said...

Hm.. Sian akak. Kite faham akak. I can feel you. Sebab kita kan dalam situasi yang sama.. isk..

Maria Rajab said...

kan lin..marissa dgn aqil susah tido..kita kdg2 mkn pun x..bila xmkn susu xdak..bila citer kt org ada yg fhm ada yg x..tido mlm pn kdg2 xlena..sbb 2 2 nak melekat je..apepun semoga lin dan semua ibu2 tabah..ameen

aishah salleh said...

byk kan bersabar.. aku dapat rasa apa ko rasa.. sebab kadang2 aku pun stress off limit sampai menangis depan ashraf.. dia pulak yang panik terus behave.. tapi, sape la yang bagi idea amik time off dari anak tu? takde maknanya.. nanti aku post kisah malam tadi.. aku rasa ko boleh relate kot? hehehe. take care

Jacqueline H. said...

http://drmuna.wordpress.com/2012/07/02/tips-of-the-iceberg-cara-pandang-dan-nilai-anak-anak/ :)