Thursday, May 24, 2012

Jasmine @ 2 months +

Oi banyaknya blog entry tersadai! Sampai dah lupa isi penting pun ada.

Td pegi paed clinic. Jasmine follow up case perut terlipat dia. Terlanjur tu tanyalah pasal vaccination. Sebab ikut jadual Hachioji City, first jab wajib dan free diberi oleh goverment Jepun adalah BCG pada umur selepas 3 bulan. BCG is the only jab yang kena amik dkt health center. Lain2, free or not, sila jumpa paed memasing.

Maka disebabkan aku nak ikut requirement Malaysian Gov, kena la start awal dengan HIB. HIB tak free di sini tapi dapat subsidi dr Hachioji sikitlah. Aku juga nak amik pneumococcal. Both kene start at or after 2 months. Paed tadi tak inject sekali. Minggu ni HIB. minggu depan pneumococcal. Lepas tu HIB+ DPT. etc etc. sampai la nanti BCG. Within a month lepas BCG takleh amik any jab. Nanti aku snap semua2 jadual vaccination kat sini. Mcmkan penting utk korang kan? Hahahaha.

Anak anak korang masa baby inject kat mana? Fifi semua kat paha, kecuali BCG. Tapi tadi Jasmine kene inject dkt lengan. Aku takut. So aku dok tepi. Kalu kat paha aku tak takut sbb paha daging tebal sket. Haha.

Pastu paed kata, 2 harini maybe temp akan naik. Monitor 2 hari, kalau temperature tak sampai 38°c, takpe. Tapi if after jumaat ada spiking temp, tu bukan sebab vaccine. Lepas jab tadi kan, paed tak kasi minum pape 10 minutes. Lepas tu kalau nak kasi boleh. Pastu kene tunggu 30 minit lagi utk tgk Jasmine ada alergic
reaction ke takde.

Ni lah antara bende pelik dalam kancah cucuk budak ni.
1- jab di lengan.
2- siap nak tgk reaction bagai. Kalau Mesia terus balik je T__T

Tadi kena bayar ¥900. Kali 4 ~ RM36. Utk HIB je. Lain2 free of charge. Best tak? Muahahaha.

Alamak Aku dah ngantuk sangat. Byeeeeee.

- Posted using BlogPress from my iPhone

5 comments:

Nurain_Mummy said...

serius, i terkejut bila u cakap kena jab kat lengan. Ain, skali je jab kat lengan, tu pun masa setahun 6bulan, terus demam. Merengek2 bagai...tersentuh sket tangan dia pun nangis2...inikan pulak Jasmine yg baru 2bulan. Pelik btul. Semoga Jasmine tak meragam dan juga tak demam...

Yantie Azan said...

BCG je kat lengan yang lain semua kat peha..mungkin tak kisah kat mana kesannya tetap sama kot..:-)

Yantie Azan said...

BCG je kat lengan yang lain semua kat peha..mungkin tak kisah kat mana kesannya tetap sama kot..:-)

rozanna- said...

Aah, lain2 semua kat peha. Banyak lemak sikit hehe. Wowwiiee RM36 je. Hari pi cucuk HIB+DPT+Rotavirus kene RM400++ kot!!

Elly Saion said...

wah lin, siap doctor nak tgk reaction lagi tuu.. my son dulu buat jabs kat us bukan doc yg buat pon, nurse yg jab pastuh dah tros bayar and balik!