Tuesday, March 20, 2012

Pregnancy v3.17 - The Birth Story

Ini kali ketiga aku tulis! Aku rasa makin lama makin tak lengkap cerita ni :). Gigih aku nak tulis sebab aku rasa ni macam yang terakhir tulis birth story sendiri :D. Cukup lah dua. Bukan ada perlumbaan sapa anak ramai pun.

Let's start.

13/3/2012 Selasa malam:
• Pesan Wandy beli nenas. Dia beli sebiji kecik. Nenas Dole. Sedap. Manis. Aku makan suku. Ramai suggest makan. So aku makan lah. Dah la sedap kan.

14/3/2012 Rabu:
• EDD aku harini.
• Bangun Subuh. Still ada bloody discharge. Dah 3 hari mcmtu . Tapi pagi tu, lebih banyak. Masa bangun Subuh blom rasa sakit. Aku tido balik.
• Bangun around 830pg. Plan asal, Wandy bawak diorg pegi main snow + Gotemba Premium Outlet. So diorg siap-siap. Aku tak ikut sebab aku dah malas nak berjalan and dok dalam kete lama2. Penat. Meanwhile, aku terasa mcm sakit datang dan pergi. Samar-samar. Nak kata nak berry, dah berry. Aku start kira masa. 30-45mins apart.
• Bagitau mak, betul ke rasa ni? Mak kata betul la tu. Dia dah tak sedap hati nak gi jalan jauh. Dia kata gi Ito Yokado belakang rumah je la. Haha.
• Aku siap siap. Lepas mandi je. Sakit tu hilang. Contractions takde. Langsung. Ciss kecewa la. Pastu kesian kat diorg yg patut gi jalan tapi tak jadi.
• Since semua org dah siap, kitorg decide nak pegi outlet yang dekat je.
• Stopped by for lunch at Saizeriya. Sakit tu datang kembali dalam pukul 1ptg. 20-30minit sekali.
• Masa diorg shopping, aku kira contractions. Dalam pukul 4 lebih, diorg kata balik sebab contractions were 10-15minutes apart. Masa ni kalau datang sakit tu, I had to stop walking.
• Sampai rumah kul 5 lebih.
• Aku dgn Wandy blur whether patut gi hospital ke tunggu kat rumah dulu ke sebab the day before ada gi, tapi false alarm. Aku kena balik rumah balik. Haha.
• Mak kata gi. Aku berdoa dalam hati supaya kali ni memang betul betul. Aku bawak la air selusuh and makanan sikit.
• Otw gi hospital contractions dah jadi 5-10minit sekali. Aku rasa hospital tu sangat lah jauh. Takut gak terbersalin dlm kete. Naya.
• 645ptg smpai hospital. Terus gi level 3, nursing station. Midwife bawak pegi labor room terus. Dia checked dilation - 4cm. Ok boleh bersalin malam ni, kata beliau. Mcm biasa kena pasang CTG machine tu. And midwife ada tanya2 health info sket la.
• Lepastu dia hantar aku ke bilik. Sakit la dkt situ. Lebih selesa. Dia dtg hourly to check on me. Bukan check je. Urut2, cakap2 (walaupun aku tak faham). And masa aku sakit, dia pun buat bunyi sakit. Bukan la mengerang ke apa. Tak reti nak explain. Camni, masa contractions datang aku inhale and exhale. Dia pun buat sama. Masa exhale tu dia berbunyi "hmmmm". Camni kot bunyi nya. Hahahaha. Tapi membantu la. Aku rasa mcm ada satu org lain yg tgh sakit sama mcm aku.
• Masa kat bilik aku tak baring pun. Aku jalan jalan, gi tgk toilet la bilik mandi la. Kalau tak jalan. Aku diri or duduk. Kalau aku baring aku rasa lagi sakit. Lagipun baring kan horizontal, tak membantu baby turun. Eceh.
• 10malam - sakit dia buat air mata keluar. Haha. Wandy called midwife. Dia turun and bawa aku ke labor room. Jalan kaki. T__T. Bilik kat level 2. Seb baik dia tak suh aku naik tangga ke level 3.
• Midwife checked dilation andddd dia kataaa tak sampai 5cm pun. Ya Tuhanku, betapa kecewanya aku dengar translation dari Wandy! And dia kata lagi baby terbalik or tersenget. Thats why tak dilate tapi rasa sakit. Dia suruh aku buat position merangkak supaya baby pusing balik ke posisi yg betul. Maka, merangkak setempatlah aku. Dari merangkak, tak tahan, menonggeng...tak tahan lagi, baring terus. Masa ni midwife pasang la pewangi dgn lagu lagu tenang. Dalam otak aku masa tu, kalau dapat ayat Quran kan bagus...

15/3/2012:
• Sampailah pukul 150pagi. Aku rasa mcm nak terberry. Tapi aku tak rasa pun mcm nak push. Haha. Setiap kali contraction datang, dia rasa kat tulang bontot aku utk tahu baby dah turun sampai mana. Mcm bidan kampung kan? Ahaha.
• Lepas tu dia seluk lagi. Adoiiiyaiii. Dia kata 9cm. Dah boleh start push. Push masa contraction at its peak. Tapi aku kena push kuat sikit kata midwife sebab baby still terbalik. Takut aku dengar. Sesungguhnya dalam lama lama sakit nak beranak tu, masa nak push ni paling sakit aku rasa.
• Aku tak diberi enema (I don't know what the tablet name is. Yang masuk kat anus utk paksa berry tu). Tak sure memang tak diberi ke apa ke kat sini. Tapi takdo la. Maka....LOL!
• Gas pon takdo.
• Drip air ke apa benda tah, masa dah hujung baru dicucuk sebab aku kan tak makan. Takut takde tenaga. Kot.
• Waterbag aku tidak dipecahkan. Midwife suruh push biar pecah sendiri T__T. Rasa banjir masa pecah tu. Aku pun push dan push diselangi ayat "I can'ttttt. Tak bolehhhhh. Sakitt. Tak boleh pushhhhh. Tak bolehhh". Ha ulang ulang benda sama mcm radio rosak. Haha. Disamping itu tangan Wandy menjadi mangsa. Ahad aritu, dia kata aku squeeze macam nak jatuh bangunan 20 tingkat and tinggal 2-3 jari je berpaut. Adaakukisah? Beranak lagi sakit oi!
• Masa ni gynae pun sampai. "Hello! How are u? Ok you are going to deliver your baby". Duh! Tampo kangggg! Masa dia sampai, kepala baby sedang keluar. Masa tu tak perlu push kuat. Push pendek2, sikit2. Nak elak dari rabak barangkali. Gynae tolong tekan perut aku. Mcm terbalik je kan? Patut gynae kat bawah, midwife kat perut. Akakaka. Tapi midwife tu kata dia bleh handle kot.
• Part ni aku lupa camne badan baby tu tetiba dah kat luar. Hahahaha. Lupa aku push slow slow ke kuat kuat ke. Rasa mcm slow slow je. Tapi aku igt last sekali aku siap tendang palang kaki tu. Tendang dgn kaki kanan. Huahuahua.
• Akhirnya, lahirlah Jasmine Tihani ke dunia ini pada jam 2.28pagi 15/3/2012.
• Aku yang memotong tali pusat beliau. Yeay! Tapi sayang tak amik gambar. Lupa terus.
• And lepas tu kerja2 biasa lah. Jahit jahit 4 stitches. Small tear kata gynae. Bersih2 kan baby. Panjang Jasmine 51cm and berat 3108gram.

There you go. My all natural birth story. I still can't believe I could do it. Midwife membawa peranan besar. Kalau midwife/nurse hanya tukang tengok, takat jerit dari jauh and seluk, probably aku dah request epidural. Mcm kat HUKM dulu, aku cakap "sakittttt". Nurse yg bertenggek kt meja labor room tu boleh reply gini "memang sakit dik, nanti lagi sakit". Waddehel? Ko tak membantu, bleh diam?

Ok aku publish je la. Malas nak check. Kalau terperasan ada silap info, kendian je aku betulkan. Nanti hilang lagi. Tak sanggup nak tulis kali ke-4.

Bye.

- Posted using BlogPress from my iPhone

10 comments:

i.s.z.a.n said...

Jasmine beso kang soh dia baca ni. Seksa nak bersalinkan dia siap kene merangkak bagai LOL! Apapun suma dah selamat, syukurrrrrr alhamdulillah. Selamat berpantang!

。+゚o。. Puan Dot . 。o+゚。 said...

Natural birth mesti sgt sakit.. Without any drug..duhhh.. Xleh bayangkan.. Anyway congrats ;) jasmine sgt comel

Kasih Kirana said...

Cite yg menarik utk d share pd aku yg bakal melahirkan insyaAllah bln 8 nie..hehehe...hope Jasmine da besar nanti leh bace entry nie mcmane dia dilahirkan..hehehe..

Aishah Salleh said...

waa, seronok aku membaca :) ini dah memang totally natural birth la kan, takde enema, takde pain killer, tahniah beb!

ummi said...

terbaiklah...mmg menarik..lelagi yg siap merangkak tu...Jasmine is special sebab lahir terlentang :)

azzamoro said...

terbaik aaa bersalin takde pain killer semua mcm org dulu2 (apekkahh). btw aku pun mcm kau la mmg dah stop sebab beranak sakit gile.

yang penting kualiti bukan kuantiti (keh keh)

Fahreen_Fredo™ said...

Ya Allah nurse kat HUKM cakap camtu? Gile tak prihatin. Tsk. Pastu biar je patient layan sakit dia sorang2 kan? Prfttt

Btw, tahniah kak lin! Best sangat story birth Jasmine! Siap merangkak2, tertonggeng2, siap pecahkan sendiri waterbag, potong tali pusat baby sendiri. Oh my. Jasmine harus baca nanti!

jas imran said...

tahniah lin... dua dah princess...
hai Jasmine Tihani! welcome to the world..
fifi, selamat menjadi kakak yang baik k...

mungkin bila sakit tu dah lupa nanti, turn Jasmine plak jadi kakak.. hehe

Umie said...

lin, omedetou!!

fuhh, berdebar2x aii baca entry u ni tau... next my turn pulak... taktau camne nanti...harap2x dipermudahkan la semuanya...

zamnzara said...

Bagus la ko ingat sesatu. Aku dh lupa dah, ada aku tulis ke tak. Nk tulis skrg pn, mcm dah lupa details kot. Haha!