Saturday, February 25, 2012

Pregnant v3.13

37 minggu. Ahh aku keciwa. Haha. Sebab berat baby naik 68g JE?! Tapi sebenarnya berkadaran lah dgn berat aku, aku naik 600g. Serius anak anak aku memang kalau aku naik sikit, takde maknenya diorg naik banyak. Tu pasal aku naik sampai puluh kilo haaa.

Minggu sudah ni mmg aku tak selera makan. Kejap2 angin. Kejap2 angin. Kejap2 sembelit la bagai. Makan pon sket je. Susu ANMUM pun habis stock. Susu putih tu...Errkkk? Maka tadi aku suh Wandy beli aiskrim coklat, shake dalam susu. Ada la manis sket. Dari susu putih. Bluwekkk!

Berat baby skrg adalah approximately 2514g. Masih di bawah line average tapi in normal range. Berat aku pula 60.3kg. Hamikkaw! Takpelah. Semoga turunlah nanti. Tadi aku tgk balik chart. At 12w, berat aku 43.6kg je woi. You do the math. I don't even know my pre-pregnancy weight. Midwife tanya, aku belasah je "maybe 42"

Apa lagi buat tadi ye. Oh midwife dah start explain and tanya benda2 utk
prepare for labor. Makan camne, dok hosp berapa lama. Basically aku akan duduk 5 hari 4 malam. Cruise. Haha. Cruise lah sangat! Tapi midwife kata, boleh request utk keluar awal sehari. Depends kat doc. Nanti discuss dgn doc tu lah. Allergic ubat, food. Delivery room sapa akan masuk. Yang penting Fifi dibenarkan masuk delivery room. Biarlah dia tgk adik dia dilahirkan. Tapi still kami kena jaga mood dia lah. Kalau mood tak elok, nanti melalak je macam tadi. -___-".

Tadi ada buat CTG gak. Baby heartbeat OK. Aku, of course lah takde contraction. Keluarlah kau anak sebelum due date. Pretty pleaseeeee.

Next checkup- Next week. 38 minggu. Fuh!

Bye!

- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments: