Saturday, February 11, 2012

Pregnancy v3.11

Jumaat lepas aku pegi hospital untuk pemeriksaan kandungan minggu ke-35.
Umur tepat adalah 35 minggu dan 2 hari.

Dimulakan dengan;

Berat aku: 58.3kg (+2.7kg dari 27/1, 2minggu lepas). Adakah bakal memecahkan rekod 64.7kg? Kita tunggu.
Lain lain normal. Kecuali aku bgtau gynae aku mengalami masalah sembelit. Dia prescribe lah Magnesium tablet. Belum gi beli lagi pun. Aku OK je since Jumaat. So takpe lah. Isnin nanti beli.
Next checkup iaitu pada Jumaat ni, akan ada blood test lagi. T__T. Hoih habislah darahku.

Beralih kepada baby;
Berat: 2139gram sahaja (+379gram dari 27/1). Gynae membayangkan sekiranya aku bersalin full term (40weeks), berat baby hanya 2.6-2.7kg. Then dia tanya Fifi dulu berapa. Aku jawab macamtu la, 2.68kg. Hehe. Dia kata no problem. Small baby pun small lah. Asal sihat ye tak? Anak anak aku memang tak reti sedut makanan ikut tali pusat kot. Kekeke.

Itu je la.

Less than 5 weeks to go. Aku doa minggu ke-39 lah keluar. Sebelum hit 14/3. Taknak overdue. No thank you.



Gambar suspek terpaksa dikaburkan.

- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments: