Thursday, January 5, 2012

Pregnancy v3.7 (saja2 update)

25/12 morning, 20 minit sebelum boarding, aku noticed ada sedikit bloody discharge. Aku keluar je toilet, announcer kata dah boarding time. T___T. Takkan taknak naik plane plak kan? Gila? Total 2-way tiket RM5300/family. Dan aku dah terasa2 McD kat lidah. Haha. Lagipun 7hrs isn't that long pon. It took Fifi 7 hrs to come out. Sooooo, kalau labor pon sempat turun KLIA and beranak kot. Keke. (skrg kau gelak la kan?). Aku takde rasa sakit ke apa2. Rasa normal dan takut (opcoz). Maka aku naik gak la.

Tahukah anda bila risau, masa menjadi lebih panjang? Lama NM aku rasa 7 jam tu. Asik gi toilet je nak check. Seb baik dah request seat belakangggggggg2. 5-6 langkah dah sampai toilet. Masih ada la that scary discharge.

Selasa 27/12 aku pegi la jumpa gynae kat Melaka ni. Gynae check semua. Lama. Lagi lama dari scan masa regular checkup. Antara yang dibelek:

1- placenta. Kot kot placenta previa ke. Tapi tak. Placenta kat atas.
2- kaki tangan muka heartbeat budak, to name a few. Segala2nya la.
3- fluid/air ketuban.
4- gender. "ok confirmed girl. Nampak tak mcm bibir tu", kata gynae dengan penuh yakin. "ha tak nampak...hehe", kata aku dgn penuh tak minat. Bukan tak minat apa... Aku nak tau overall ok ke tak aku nak fly balik ke Tokyo. Jangan cakap tak bole plak. Mamps!
5- berat baby: gynae sini kata baby aku kurang berat. Masa check tu 1.1kg @ 28w5/6d. Dia kata patut dalam 1.3kg.

Kesimpulannya, semua normal. Maybe aku byk jalan, angkat benda berat2, stress etc. Aku pon mintak medical certificate utk balik Tokyo. Setel.

Dan aku skrg sudah 30 minggu. Mengikut babycenter, berat average baby at 30 weeks GA is 3pounds (~1.36kg). Ok lah kot berat baby aku sebenarnya. Takde la jauh sangat beza. Kan?



Ok bye.

- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments: