Thursday, December 1, 2011

Pregnancy v3.5

Aku sudah di minggu ke dua puluh lima yawww! Last week ada checkup 6 bulan. Checkup biasa2 aje.

Berat aku: 48.9kg (+2.2kg dari 5 bulan) - aku tak kisah lagi penambahan berat ni sebab blom lagi melangkau BMI normal aku ketika tidak pregnant. Yang aku kisah adalah, aku takmau over gemuk ketika anak di dalam perut tidaklah sebesar mana. Ada faham? Kalau berat aku berkadar terus dengan berat baby, aku gembira je. Tapi yang aku pastikan, balik Malaysia ni mesti top up berkilo2. Ya Allah, tolonglah kawal nafsu makanku nanti.

Berat baby#2:  585gram (+291gram dari 5 bulan). Macam biasa ukur perut, ukur kepala, ukur tulang kaki. And chartkan di atas chart. Apa aku cakap nih? Kesimpulannya, baby#2 di bawah line average bayi2 Jepun tapi masih di dalam range normal.

Checkup kali ini, gynae tidak lagi memeriksa jantina bayi. Kerana:
1. Posisi dia pun tak menarik. Dok hadap tepi. Gynae goyang2 perut aku pon dia buat rileks je. Dia cuma ternganga2.
2. Terima je la Jah, anak kau girl. Hahaha. (Jah, bukan nama sebenar). Ok doc! Baju pun dah beli doc! Tema perempuan tau. 

Lain lain:
Next checkup aku kena minum air gula. I personally do not know why. Maybe, memang mcmtu caranya di sini. Masa Fifi, I didnt have to. Air gula kalau rasa starbucks takpe gak. Ini semua org kata tak sedap. Tsk!

Oh next checkup lagi 16 Dec. Patut 23 Dec. Tapi 23 tu public holiday kat sini. Gynae kata datang 16, ok doc! Masa tu nak mintak documents nak naik katebang! Tiap2 kali checkup, gynae yang ingatkan. Haha.

Kesimpulannya, semua nya normal. Alhamdulillah.

Bye!

Takyah la tengok gambar 3D tu kan? Ke nak? Tapi aku malas nak bangun. Cane? Hahahaha.

5 comments:

Kasih Kirana said...

hope semua sihat..mamynye shat,babynye pun shat..doa aku dr perantauan..hehe..

Fadilah R. said...

wah pregnant pun berat tak smpi 50kg. best betul. i xpregnant tp berat 49.9kg. tsk.

mast@work said...

air gula tu bukan pasal tak sedap tapi sebab terlampau gula.. eh, boleh ke pakai ayat lagu tu? haha

Lin Ghazale said...

Terlampau gula tu yg jadi tak sedapppp. Eh blom minum lagi sebenarnya. Haha. Tapi takde org kata sedap pon

Nurain_Mummy said...

Kat Mesia pun sama. Kena minum air gula. Utk make sure ibu2 ada kencing manis atau tak....serius memang tak sedap. My SIL, siap kena minum 2kali sebab masa 1st minum, nurse check takde GDM. Nurse macam tak puas hati. Buat appointment lain utk minum lg...
Moga2 Lin tak terkena GDM...Amiin.... :)

Nurain_Mummy