Friday, November 4, 2011

Weaning Off Fifi - DONE

Sebenarnya dah lama dah berjaya. Haha. Baru nak tulis haaaaa.

Fifi berjaya diberhentikan dari breastfeeding sejak lebih kurang tengah bulan October. Or sebelum tu lagi. Aku pon tak perasan. Secara generalnya dia lupa terus 2-3 minggu selepas 14 September. Malam pon tak bangun dah. Kecuali malam 1st tu lah. Sampai sekarang tido sepanjang malam.

Akibat daripada weaning off, dia makan tak berhenti sekarang. Sentiasa nak mengunyah. Masih belom reti bukak fridge (lagi). Oh no, kalau reti, pengsan lah. Berat aku tak timbang lah pulak. Kat rumah ni takde penimbang. Nak beli, tapi tak beli beli.

Cara aku memberhentikan dia memang ganas sikit. Semuanya terpulang kepada anak anda. Kalau dia faham cara lain yang kurang ganas, silalah guna cara itu. Cara aku tak semestinya jalan dekat semua orang.

Sekarang berehat dari breastfeeding before my new 2-years contract starts in another 19 weeks (more or less).

Ok itu je lah nak cakap. Hihihi.

No comments: