Monday, November 28, 2011

Pengurusan Uri

Sejak celik mata pagi tadi, kepala hotak aku asik terpk pasal pengurusan uri. Taktau terbaca tentang apa, tetiba terfikir. Dulu tak fikir sebab Fifi lahir di Malaysia, tanah melambak2. Rumah sendiri takda tanah, bleh tumpang rumah kat kampung. Kampung confirm ada tanah, melainkan kampung kau adalah condominium. Ok gurau senda je tu. Jangan mareeee. Kiranya di Malaysia, masih ada cara nak tanam jugak lah uri baby tu. Mintak tolong orang ke apa ke kan. Tapi kalau takde cara, bleh juga la orang Malaysia refer benda ni.

Kerana aku ingin melahirkan anak kedua di sini, aku takde tanah ok. Tanah tempat lain ada lah. Kebun pakcik belakang sana ada.Tapi bukankah sangat suspicious kalau kau pegi korek tanah orang? Atau nak mintak izin sekali pon, kena explain panjang pulak kang. Rumah dia pon aku tak tau yang mana. Haha. Aku dah bertanya di sana sini. Google google. Aku tahu hukum menanam uri adalah Harus. Bukan Wajib. Tapi aku tak jumpa solution sekiranya tak ditanam, apa harus kubuat dengan uri itu. Maka seorang kawan mencadangkan aku tweet Imam Muda Asyraf. Tapi I shyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy lah. Ahahahaha. Lagipun tweet tak cukup aksara. 

Maka ini dia soalan aku dan jawapan sekali. Printscreen. Sapa mahu aku forwardkan ke email korang, bleh kasi aku email address. Maap la. Email aku skema gila. Nak tanya imam kot weh. Takkan nak lu gua lu gua. Ko gila? Kekeke.

Btw, Naza saya guna cerita awak :P


Dengan ini, nanti aku tanya hospital tempat aku beranak tu dia akan buat apa. Usually rakan doktor di Cork bgtau, sisa klinikal uri dibakar. At the same time, aku akan fikirkan bagaimana nak menanam uri tu kalau nak bawa balik. Mungkin dalam pasu besar? Lagipun di Jepun ni ada rakan lain bgtau, nak amik uri tu bukan selamba2 dia akan serah mcm kat Malaysia, kena isi form/tulis surat bagai.

Sesiapa yang rasa nak ikut, ikut le. Tanak ikut sudah. Nak argue, gi argue dengan Imam Muda, bukan dengan aku.

Sekian.

P.S. Baru teringat, sebenarnya aku pon ada sisa klinikal yang aku buang je dulu. Iaitu 4 batang gigi yg masih elok cantik molek sebab nak pakai braces :D. Dan sac (walaupon kecil, sac tu dah wujud kot kan?) masa keguguran dulu, doc buang je as sisa klinikal. Aku takde plak gi mintak.

4 comments:

Farah said...

Uri I masa I lahir pun Mak I cite kena buang sbb parents I mana ada tanah dkt sini kan. Pastu masa Adrian dulu pun buang juga sbb alasan sama, tanah takde. Tp masa Adrian duk hospital I ada nmpk org christmas island ni (diaorg kire melayu gak la),dia tinggal dkt kawasan ulu betul keja sembelih lembu/kambing. Ada la dlm 500km dr Perth. Family diaorg dh ramai dtg sini & menetap so tanah dah Ada, tu I nampak diaorg bwk blk uri baby diaorg

Izzy said...

Laju jugak ye IM Asyraf reply email u.. bagus juga direct hantar email ni, dapat detail explanation, puas hati sikit. Kalau kat tweet, 140 characters mmg tak cukup

chika said...

Ooooo begitu. Baiklah. Terima kasih kerasa kongsi dan bertanya kat IM :)


p/s : kenapa tak tanya IM apa hukum bagi anak main ipad. KAHKAHKAHKAH. Macam orang selalu tanya tu, apa hukum pakai jersi :P

Kamalia said...

Duk gugel trjumpa psl uri ni..actually sy pun brsalin kat sini jugak..b4 tu mmg ade trpikir gakla psl uri ni. Tp bila ditanya kat pihal hospital,mmg dah dinyatakn mmg kita xbole bwk kluar sbrg organ(cth:uri)..mmg betulla dianggap sbg sisa klinikal n apa yg saya nmpk diorg akn bungkus uri tu dan buang ke dlm tong smph khas tuk sisa klinikal..iA,xkan dibuat untuk bnda lain..kbtulan ade kwn egyptian kami pun preggy jugak,jd kami tye psl uri ni.mereka bgtau kat egypt pun diorg xbwk blik pun uri ni..