Thursday, November 3, 2011

Fifi @ Playground

Sebenarnya dah lama nak bawak Fifi main kat playground. Sejak awal awal sampai sini lagi haritu. Tapi jauh. 15 minit jalan kaki. Dan ada satu bukit yang tertinggi di dunia. Tableh tahan la bukit ni. By the time aku sampai atas, I am gasping for air. Macam ikan tak cukup ayaq. Tapi tadi aku siap kerja awal. So cepat2la bersiap. Then off we went around 1.15pm. Kira dah petang lah since Maghrib pun 4.47pm

Sampai je, dia nak makan biskut. Dia warm up lama. Makin lama makin jauh. Makin lama makin laju. Mula mula tak ramai orang. Tapi tak lama lepas tu, ramai org lebih besar baru balik sekolah. Orang berdesup desup lari. Plus, ada benda2 bahaya yang orang besar je boleh buat. Like lompat dari atas ke bawah di tempat yang tak sepatutnya melompat. Bahaya. Tapi orang kaki dah panjang, ok kot. Lepas tu Fifi nak ikut pulak. Nasib baik tak tergolek anak aku ke bawah.Kalau dia lari jatuh, dia tak nangis, aku biar je bangun sendiri. Balik2, sudah ada satu lebam di lutut. Takpe la. Belajar sakit. Huhu.

Lepas tu dia nampak gelongsor. Gelongsor lagi tinggi daripada aku ni puncak dia. And budak2 ni non stop plak sliding down. Dah tu Fifi tadah muka kat bawah. Budak2 tu takde la slide down sesuka hati. Tapi diorg dah jerit "abunai" or something like that bunyi/ejaan nya. It means "Bahaya". Macam warning la. Takkan aku nak biar je. Orang lain nak main jugak. Aku angkat la Fifi ke tepi. 1-2 kali dia redha. Masuk kali ketiga, dah tak redha. Itulah masa nya dia melalak, meronta bila dukung. Aku kasi 2 kali chances. Both times dia buat yg sama. Membahayakan diri dan mengganggu orang lain nak main. Situ ada mak mak budak gak. Bukan budak budak je. Maka, bye bye playgound! Jom balik. Pinggang aku pon sakit dukung dia yg meronta2 sambil melalak. Lain kali la pegi awal sikit ke apa. Maybe less budak2 kot.

Nah gambar2 yang dah dishare pon siang tadi.


Sikit sikit
Lama lama duduk terus.

No comments: