Monday, November 7, 2011

Aku takde cerita sebenarnya.

Salam dan Selamat Petang! Malaysia still cuti hari ni kan? iJeles. Aku hari ni kul 7 dah punch card masuk office. Dah la nak pegi keje jam. Tsk! Letih la tekan clutch, break, minyak, clutch, break minyak. 

Hahaha.

Fifi pon tak berapa sihat harini. Ada sikit temperature. Sikit batuk. Susu taknak. Tapi bubur 1/2 pot habis. Asal makan. Sebab nak kasi ubat sket. Perut kosong nanti lain pulak jadinya. Dan harini tak puasa gadget, aku sengaja kasi. Sebab kuyu je mata tgk TV. Pening kot.


Anyways aku takde apa nak cerita. Semua dah tweet. Tapi tulis gak la sebab parents aku takde twitter dan semoga jangan ada lah. Huehuehue.

Semalam carseat yang kami beli dari auction sampai. Aku yang insist beli carseat dulu. Sebab kalau ada kereta, takde carseat, macamana Fifi nak naik kereta? Nak pegi beli carseat kat kedai pon tak dapek la kan? Tapi sebenarnya bila nak dapat kereta pon taktau. Yang aku harap, carseat tu takkan berfungsi sebagai sofa lama sangat lah kan? Habis Fifi selet selet dengan tangan minyak, coklat, air tumpah blabla. Kami beli yang macamni:
Actually takde fungsi sangat la kot nak recline flat semua tu. Fifi dah nak masuk 2 years old dah pun. Takpelah. Maybe next carseat beli yang normal je, yang ni bagi adik dia. Tapi takut jugak kalau sampai masa dia takmau plak kasi adik dia T________T. Budak2 kita mana tau tahap kejelesan dia until the "rival" is here. Tengok la macamana nanti, kalau harga lebih kureng je, belasah lagi satu mcmni pon takpe. 

Ini gambar pemilik kerusi ini:
Memang purposely kasi dia duduk. Sebab Fifi dari baby memang payah beno nak duduk dalam carseat. Ada je silap dia. Ada je tak selesa dia. Nasib baik la lahir kat Malaysia. Kalau lahir kat US? OZ? UK? Japan? Nangis lah dalam tu selagi kereta tak mati enjin. Atau duduk diamtapi kita takyah gi mana2 naik kereta. Haha. Kalau nak tau, dia ni stroller pon taknak ye. Sampai umur dah besar sikit baru nak. Haih. Nasib baik saiz tak besar mana. Kalau tidak, keluar muscle lah aku.

Dan yang kedua, botol air baru. Tujuannya nak isi susu sebab haritu nak  minum susu sambil baring2. Tapi bila dah dapat botol, dia macam tak minat nak minum susu dari situ. Ke sebab tak sihat? Aku tak sure. Aku letak air masak je lah harini. Lagipon botol plastik dia dah nak sampai masa utk ditukar, straw pon buruk. Aku asik sental je. Dia dah bole minum dari cawan sebenarnya (with assistance). Kalau tak pegang, habis ditogaknya, melimpah, tersedak.
Seriously, kalau dia taknak, aku akan simpan je utk adik dia. Tukar teats, jadi botol susu. Tapi besar lah, 11 oz. Hohoho.

Akhir kata, bila nak ada kereta? I want to see Fall!

Bye.

1 comment:

Lisa Hz said...

wah hijau! my son punye pn ada satu kaler hijau =D