Wednesday, September 14, 2011

Terluah

Nota: maybe ada org akan tidak suka dengan entry ini. sori.

Dalam hati aku ni, banyak nak mamps benda yang nak diluahkan, tapi tak bole luah kat sini sebab it's too private. Kang orang mengata pulak kan "eh itu pun kau nak cerita kat sini?".

Pukul 11.57pm. Ni yg aku tgh fikir - aku risau pasal isu breastfeeding Fifi ni terutama ketika in labor. Masa lain aku risau jugak tapi bukan tahap maksima. Tak sanggup pulak (lagi) nak guna cara letak lemon, garam, peria etc tu semua. Kang dia melalak, aku sorg jugak yang nak kene hadap. Aish itu pun satu hal lagi. Terus terang, sampai bila agaknya suami ni nak berhoneymoon tak reti (sangat) nak settle down kan Fifi? Tido pun sama. Takkan nak harap aku sorg kot. Bukan anak dua orang punya? Mementang la aku tak keje. Ini macam kalu lebih baik aku kerja kot. Fifi pon alahai, jangan lah terlalu bergantung kepada mommy. Kalau mommy takde cemana? Aku fikir benda2 ni. Ajal maut di tangan Tuhan.

Penat bukan alasan. Semua orang dalam dunia ni selagi tak dicabut nyawa akan penat. Tak kisah la apa kerjaya dan status dia sekali pun. Dah cabut nyawa, penat tang lain pulak.

Itu je la yang ada dalam otak ketika menulis ni. Sampai nak tido kang la aku, dok berpk dan berhati membara.

Bye.

P/S kalau aku tak tulis, aku rasa mcm nak hempas iPad ni ke lantai. Itu la perasaan aku.

- Posted using BlogPress from my iPad

7 comments:

farrah said...

geram kan, kadang-kadang rasa nak main cincai je lepaskan semua dalam hati kat blog, tapi nanti karang ada plak cakap cakap belakang.

susah betul bila terpaksa mendahulukan hati dan perasaan orang lain ni kan sebelum hati dan perasaan sendiri #TDDMKA

zamnzara said...

What I did dulu dengan Zara, aku xplained to her psl adik, how aku always sakit belakang, how i need her to help me kurangkan letih, nnt dh tak sakit, aku promise akan main2 dgn dia lg.

With hb, I told him to ambik alih d full responsibility dgn zara cos aku dh x thn sgt2. Ajar skit2 hb, apa yg activity zara suka utk derg buat sesama instead od dgn aku.

sedih, tuhan sj yg tau. sbb kita mak, xkkan xnak jg anak kan. tp dh smpi thp x terdaya, nk nangis saje sbb letih.

last2 ok jugak. tp nangis jugak la aku bila ziya kuar, zara ckp, "mami dh x sakit blakang kan?? ziya dh kuar dah kan. mami boleh la main dgn zara now". isk.

at 1 pt, u shd think of ur well-being first. sbb bg aku, a happy mother = a happy family. kalu ko sakit, letih. camne nak buat suma kan.

all the best!

Fitri Senin said...

i can feel u...tapi jangan fikir too deeply okay..think about the baby as well

mast@work said...

sabor nyah sabor..

ko kena discuss dgn suami ko betul2..

___MaZuRa___ said...

Semua org (isteri) mmg akan mengalami masalah yg sama.yg tak keje pun,ada byk keje yg ko buat...aku tau...mana ade isteri dok rilex goyang kaki kat umah.yg bekeje pun penat jugak kat opis, balik kat umah lagi.aku pun kadang2 rasa nak give up bila tgk kain tak lipat macam jualan mega sale yg baju longgok2 dlm tray tu.rasa nak hempas jugak ipad ni.hahahaha....

Nurain_Mummy said...

Lin, cuba try bincang dari hati ke hati dengan hubby tu. Insya Allah, kami kat sini semua doakan untuk Lin :)

Lin bitau dia, apa yang Lin rasa. Kalau rasa nak nangis, nangis je.Jangan tahan2.Biasanya, orang laki ni, bila dia tengok wife dia boleh handle everything, diorang rasa wife tak kisah bila diorang lepas tangan.

Lin try eh, Insya Allah, kita sama2 doa :)

Mama Ardini said...

aku kdg2 ada perassan mcm ni beb. sakit hati dgn hubby. rasa mcm bibik especially on weekend. haha. bila pikir2 takde la teruk sgt hubby tu. slalu je tlg mandi tukar baju anak, lipat kain, sidai kain. berdosa rasa. ;) diorg ni bole sbnrnye, kena bagi peluang.