Saturday, September 3, 2011

Raya 2011

Raya kami biasa biasa je. Petang ke malam raya, masak sikit. Kemas rumah. Tukar apa yang patut dan basuh apa yang patut. Orang ajak pegi makan makan pon tak pegi kerana aku mmg malas sket nak jalan kaki. Hehe. Kat sini memang la aku malas nak ke mana mana. Kalau boleh nak dok dalam rumah je tapi tak boleh la kan. Ada benda yang memaksa jugak keluar. Kalau tak keluar, kau expect benda datang bergolek kat kaki?






Aku nak kereta. Sekian. Ikut hati, aku guna duit aku. Ikut hati je lah tapinya. Jangan ikut hati sangat zaman sekarang ni. Kekeke. Letih ah takde kete! Zaman single bole la. HU sana HU sini. Ada anak ni tah la. Kesian kat dia satu hal. Letih dia aku rasa. Dan aku pon letih jugak nak menghitung dia. Tahu maksud menghitung di sini? Tak tahu? Cari sendiri.

Raya pertama tu Wandy kata nak gi embassy. Konon nak keluar kul 7. Tapi aku memang dapat rasakan itu hanya harapan. Fifi pon tido lambat. Aku memang tak kuasa nak kejut budak, pastu dia cranky bagai. Nanti aku pon jadi cranky dan meletihkan jiwa raga. Standard dia bgn tido plg awal kul 7pg. Itu pon kalau dia tido kul 9mlm. So kalau tido kul 12mlm? Sila aplikasikan ilmu hisab anda. Tapi aku mmg bgn kul 5 pagi ye. Pastu aku tanya la Wandy, jadi gi ke tak ni? Dia kata jadi tapi dia sambung tido. Hah, habis nak aku beriya sensorang? Mekaseyyyy! Aku pon tido la balik. Kul 8 gitu semua org bangun. Aku buat breakfast utk Fifi, utk kitorg, makan lauk hari raya je lah. 9 lebih baru keluar rumah, train kul 10. Aku ckp kat Wandy, sempat ke ni, jom gi window shopping je la. Kejadahnya sampai dah takde hape, bikin hati panas je. Dia kata pegi je la. OK FINE! Huuu sampai Shibuya kul 11 lbh sket. Amik teksi, sampai embassy, org pon dah nak balik. Meja makan pon dah kemas. HAHAHAHA. Sempat lah jumpa kengkawan di sana jugak. Diorg sumer dah nak balik.






Lepas tu lepak lepak kejap. Dan terus gi makan Burger King. Huahuahau. Selamat Hari Raya BK!

Tahun depan aku malas nak gi embassy lah kalau dah lambat. Dah la ada DUA anak. Please take note, Azwan Shahady.

Gambar raya dalam camera or dlm phone Wandy. Gambar bertiga pon nan hado! *cries*

Paling penting duit raya aku RM500. Huehuehue.

- Posted using BlogPress from my iPad


No comments: