Wednesday, August 17, 2011

Pregnancy v3.1

Seperti yang diketahui peminat peminat sekalian, aku pregnant. Ada peminat kewwww? Akakakaka. Masa tau pregnant, dah nak balik Malaysia, so malas nak cari hospital/clinic untuk checkup. Sebenarnya yang malas itu Wandy. Bukan aku. Dia kata, lepas balik Malaysia la ek? Haih. Fine!

Balik dari Malaysia aku dah 9weeks along. Plan nya nak pegi checkup dekat satu maternity clinic ni and book room utk delivery sekali tapi diorg tak terima. Penuh katanya. Tapi Wandy dapat rasakan mereka reject sebab aku tidak tahu berbahasa Jepun. Hai lah bo....malas nak sambung! Kau yang patut tahu berbahasa Inggeris lah. Universal language.

Aku memang emosi. Tu pasal JPA nak offer sambung kat Jepun masa lepas SPM dulu jawapan aku adalah "kalau Jepun, tak payah offer la Encik. Saya memang akan reject". Fuuu memang berlagak bunyinya tapi itulah kenyataan. Motto hidup adalah, nak belajar additional language jangan sampai menjerat diri. Belajar biasa pon bolehhhh. Eh ni dah melencong.

Ok sambung.

Requirements:
1) painless delivery available in case I need it - happydural.
2) bole berbahasa Inggeris.
3) cost!

Ini requirements setakat ini. Rooming-in, Fifi etc blom fikir lagi. Takpe satu satu. InshaAllah. Semoga diberi kemudahan. Amin.

Maka, adalah satu hospital ni. Bole tahan lah jauh. Takpe la tu. Cabaran tidak berkereta. Seijo Kinoshita Hospital nama diberi. Kinoshita Sensei adalah pemilik hospital tersebut. Ko hado? Hehek! Ada 3 Kinoshitas di situ. Bapak, anak lelaki dan anak perempuan. Semuanya OBGYN. Aritu aku jumpa anak lelaki beliau. Bahasa Inggeris boleh difahami slang Amareka. Staffs yang muda muda pon ada yg boleh berbahasa Inggeris walaupun ada ok, ada yang merangkak, ada yang siap bukak buku nak bercakap dgn aku. Takpe. Usaha itu penting!

Malangnya, aku diletakkan dalam cancellation waiting list. Kira tunggu orang cancel, baru dapat tempat le. 14/3/2012 EDD aku, hospital itu sudah penuh. Maka aku dalam waiting list nombor lima. Kan dulu aku dah kata bilik hospital sini cepat penuh kan? Ternyata itu adalah benerrr. Hospital and sensei tu suruh aku cari backup hospitals lah. Checkup masih boleh di situ. Itu tadahal.

Kami dah try cari hospital lain yang cost nya affordable. Malangnya tiada. Ada satu je tapi diorg dah tak amik pregnant patients. Fuuuu. So kami decide untuk tunggu je la waiting list tu dan berdoa. Memang tgk list aritu ramai je org cancel. Yg dalam waiting list pon dah masuk list. Semoga lebih ramai cancel la hendaknya. Amin. Kalau sampai masanya tiada bilik, balik Malaysia je. Cuma arrangement akan menjadi pening kalau sorang sana, sorang sini. Bagi aku lebih mudah kalau di sini. Aku boleh kawal mengikut kesukaan aku. Aish korang mesti tak paham apa aku rasa. Huhuehuehue.

Apa lagi....baby#2 is 10weeks now. Panjangnya 25.3mm. Saiz ok mengikut jumlah minggu aku pregnant. Alhamdulillah. Walaupon letih NM breastfeeding and pregnant. Aku hanya puasa 3 hari sahaja. Ye aku lembik. Aku memang tak boleh puasa sebab aku akan jadi sgt kering. Nips luka, kering. Angin satu badan. Dah berbuka, makan, muntah. Baik takyah makan.

Oh ye, kene start ajar Fifi kewujudan adik beliau. Ada ke aritu aku masuk bilik untuk sonogram, dia melalak kat luar! Hoi bikin malu! Bising gile jadinya bilik doctor tu. Bila doctor suruh Wandy masuk bilik scan tu lagiii dia melalak tengok aku dah dok kat situ siap kaver, ada doctor lagi. OMG. Being protective itu bagus Fifi tapi biarlah bertempat ye.

Ok itu saja yg aku teringat. Marilah beramai ramai mendoakan supaya aku dapat bilik dan semoga semua dimudahkan utk kami sekeluarga. 30 weeks to go!

- Posted using BlogPress from my iPad

10 comments:

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ said...

Wah...sungguh byk cabaran nk bersalin kt sanee..tp diorgnye facility bagus kan..*btul ke nieza eja facility tu...huahuahua*

Jaja® said...

insyaAllah. hopefully semua selamat dan dpt blk kat hosp tu.

yg reti english tu mmg penting, drug pun penting, dan of cos $$$, btul la req ko tu.

ummi said...

amin,moga dipermudah urusan dapat yg terbaik ;)

zamnzara said...

amin...semoga allah permudahkan semuanya utk ko.

Anonymous said...

Lyn! I pun 10 weeks dah! EDD lebih 3 hari from u insyaAllah :)
I doakan semua selamat for u to deliver a healthy baby kat sana insyaAllah. Oh btw, ni Anis hehee

Lin Ghazale said...

Anis! Wah wahhh. Pantas! I dah tgk your wedding video. Lawa laaah. Happy mengandung ye! Semoga semua selamatttt

Lin Ghazale said...

Nieza, yeah byk cabaran sikit. Hihi. Sbb system tak sama...

Jaja, Zam, Ummi, Amin Ya Allah.

rozanna- said...

Rupanya ramai orang mengandung kat Jopun ni ye?

Good luck beb. Semoga semuanya berjalan lancar. FYI, saya 2 minggu sebelum anda iaitu 29 FEB!

Lin Ghazale said...

Rozanna, tahun depan tahun lompat? Kalau lahir 29/2 nnt birthday dia 4 tahun sekali!

yonna said...

sejak bile ada ikon2 comel ni dlm blog akak? hahaha :D