Monday, August 29, 2011

Pocoyo Pocoyo Pocoyooooooo

Aku celik mata, Pocoyo.

Ye aku bangun lambat dari Fifi selalunya. Hehe. Sila tengok jam sekarang, aku tidur jam berapa? Kalau berdua, aku amik masa 15-30 minit untuk membuka mata. Kalau bertiga, bapak nya ada, sila layan. Bapaknya tido lagi awal dari anak. Selalunya lah. Jarang jarang tido lagi lambat.

Sepanjang hari Pocoyo diselangi Hutos, org di kampung melalui Facetime, main blocks, main buku etc.

Masa makan, Pocoyo.

Malam, Pocoyo.

Cuba distract dengan permainan lain seperti puzzles, mengenal warna, mengenal 1 2 3. Kadang kadang terlepas waaa, tuuu, tiiii. Kagum kejap aku. Diorg ni boleh ingat sebenarnya tapi tak tahu nak keluarkan ilmu di dadaku dimimpiku hanya ada kamu. Amelina sat.

Wit! Kata Fifi. *dengan jari telunjuk lurus*. Ye sila wait ye, anda akan tidak akan dilayan sampai bila bila.

Kesimpulannya, aku dah muak dengar Pocoyo. Fifi sila lah faham hati mak ni. Sesungguhnya mak tahu citer Pocoyo tu kelakar sebab mak pon gelak jugak kalau kita tengok sesama. Tapi janganlah terlalu terPocoyo ye.

- Posted using BlogPress from my iPad

2 comments:

Ira said...

kekeke.. musim pocoyo kitorang dah berlaluuu.. skrg ni musim mickey mouse pulak! selamat menempuh alam pocoyo..

Lin Ghazale said...

di ketika ini, i tgh dgr Pocoyo berkumandang kat luar. Ya Rabbi. Musim Mickey dah lepas...hadoi.