Tuesday, August 23, 2011

Lagi berapa hari nak raya?

Lagi berapa hari nak habis puasa, nak raya kawan kawan? Sebenarnya dok rumah ni, tarikh pon aku tak berapa pasti berapa. Harini berapa hb? 23? Maka tolak hari ni ada 6 hari lagi la nak raya. Orang kata tahun ni puasa 29 hari.

Buat masa ni aku tak ada semangat langsung nak beraya. Huhu. Tapi akan ku datangkan jugak semangat itu demi Fifi. Tapi kalau aku pasang lagu raya pon, dia paham ke? Maybe besok, bole start mengorek baju raya masing masing dan iron. Tayang kang ruang tamu ni. Ada la kot semangat nak beraya. Mintak mintak la semua masih muat. Wandy of course la akan muat sebab saiz dia tak berubah. Kurus gitu je. Tak paham lah.

Duit raya dah dapat awal awal dah. Aku pon dah dapat duit raya. Huahuahua. Fifi lagi la banyak. Pagi raya nanti mintak kat Papa plak la ye Fifi. Jangan mintak kat Mommy. Tak dapat pape.

Anyways, raya raya jugak. Beramal jangan lupa. Kan untung kalau jumpa Malam 1000 bulan itu?

- Posted using BlogPress from my iPad

1 comment:

Chekgu Azrine said...

selamat menyambut syawal.. eheheh