Monday, August 22, 2011

Breastfeeding Journey #2

Aku baru lepas makan. Pastu citer BONES ke udara. Loya tekak aku. Erghh.

Sebenarnya aku nak cerita pasal breastfeeding journey. Secara terbuka la aku cerita. Nasib lah siapa yang rasa inappropriate tu :)

Alhamdulillah, aku tak penah mengalami masalah breastfeeding secara major (selain susu hanya keluar pada hari ke-3, tu pon tak cukup). Masalah masalah kecik tu biasa la. Sakit nips, engorged. Tapi bisa diatur selama 18 bulan lebih Fifi hidup di dunia ni.

Until I got pregnant with baby#2. Masa around or 2 days before due date period bulan July, aku mmg dah rasa semacam each time breastfeeding session. Rasa sensitive. Menyengat. It felt like nips menipis kulit nya. Paham ke? Perasaan lain mcm inilah yang menyebab kan aku membuat UPT 1-2 hari selepas due. Cepatkan? Hahaha. Terlebih alert aku nih.

Peh tu datang la bulan Ramadan. Aku try berpuasa selang sehari. Dlm seminggu dapat lah 3 hari. Dalam minggu ni la one of the nips menjadi lebih teruk keadaan nya. Dan semakin teruk dan teruk. Aku rasa ini adalah kerana extra sensitive nips area due to pregnancy dan juga kekurangan susu/air dalam badan kerana berpuasa dan disedut saban hari. Dah la ada alah sikit sikit. Selera makan takde. Makan pun muntah. Tapi degil nak puasa. Padan la muka aku.

Sampai lah ke hari ini masalah tidak selesai, malahan mcm akan terjadi kepada nip yg elok pulak sebab kasi MC hat yang sakit. Yg elok pulak nak jadi sakit. Paham tak masalah aku? Arghhhhhh!

Pagi tadi aku bangun awal gila sebab tak tahan dan menangis lah sensorang. Nekad dah nak wean off Fifi starting today. Aih ingat pasal wean off, sambung nangis lagi. Emosi lah pulak kau. Luka susah nak elok kalau Fifi asik nak aje kan? Nak heal, kene sedut, luka balik. Ulang ulang banyak kali process yang sama. Sampai Wandy gi belikan Medela Nipple cream lewat petang tadi sebab aku memang hentak hentak kaki tahan sakit bila BF Fifi. Try je la. Nak jumpa doc, clinic tutup pulak hai.

So mulai hari ini, aku akan CUBA menjarakkan BF session Fifi. Distract sehabis mungkin. Harini Wandy tukang distract which was good sebab kalau dgn mak, biasa lah jadi ngada2. Garang mana pon mak, cepat je rasa bersalah dan give in. Tapi mulai esok sampai Jumaat Wandy ada internship. Kena lah aku berdua je dengan Fifi dari pagi sampai malam. Taktau mcmana esok. We'll see. Belah malam pulak, aku BF dia at 9pm td, then around 1030-1100 tutup lampu. And aku tak BF dia walaupon merengek/menangis mintak. Nangis yg biasa2 bukan raung2. Tu pasal aku boleh tahan. Kesian tetap ada. Bila aku cakap sakit, laaaagiiiii dia nangis. Aih. Akhirnya dia tertido sambil peluk kaki aku. .

Baru malam no 1, kena practice at least for a week. Buang 1 sesi kena practice for a week. So kalau kau ada 4 sessions/day, by sebulan iA wean off lah anak mu. Ini dalam article la. Jadi ke tak, aku pon tak tahu. Banyak lagi tips lain.

Aku memang niat nak BF sampai 24months, tp aku tak rasa aku ada kudrat nak bentikan dia after 24months. By that time aku dah 32 minggu kot. Kalau boleh nak start slow slow and hopefully she'll learn that there are other sources of food and comfort.

Maka, potty train aku perlu letak tepi dulu. Know your priority lah kan. Aku takmau la semua orang mengalami tekanan perasaan akibat too many changes in a short timespan. Terutama the baby. Jangan..kesian. Dia baru hidup, nak suruh belajar banyak banyak satu masa.

Ya Allah, kau mudahkanlah segalanya untuk kami. Aku mohon pertolonganMu Ya Allah.

Bye.

- Posted using BlogPress from my iPad


7 comments:

ummi said...

amin...moga2 mudah urusan....
tp,dalam pada tu mmg kena kuat semangatlah...

i imagine,pisau hiris2 nips..sakitnye...

Lin Ghazale said...

Amin...ha ah kene kuat semangat. Takleh cepat cair. Haih anak.

Mmg mcm kene hiris pisau pon rupa dia. Terbelah belah keliling. Huwaaaaaa

Jaja® said...

All d best lin. Aku masih cuba psycho dgn kata2 je yg mmg x jln langsung..

Ana said...

Sabar beb..walaupn i xpenah BF anak tp i dpt byg sakitnya kalo dh mcm kne hiris pisau tu..insyaallah lama2 nnt fifi faham, dia kan genius! Dh nk jd kakak fifi, mommy jgn sedih2 dan risau2..hehe

Madam Sooyaree said...

Babe, take good care of yourself and the little one inside. Bukan nak patahkan semangat for you to bf until 24 mths, but the little one inside you needs more calcium from you rather than Fifi ;) Takpe, slowly, one step at a time. Hati kena keras sikit. Not easy, but terpaksalah kan

@nannoor said...

all the best lin!!!!

@nannoor said...

all the best lin!!!!