Monday, July 4, 2011

Terputus Letrik

Terasa macam duduk dalam cave. Orang batu sekejap.
Bekalan letrik ke rumah ini putus sebentar tadi. Switch tu jatuh. Trip orang panggil. Gelabah sekejap sebabnya aku dah 3 bulan kat sini, aku masih takde handphone. iPhone dari Msia ni je la ada. Tapi tiada simcard. Tadi letrik takda, ofcourse modem segala takde, so takde internet. Dang! How the heck do I contact Wandy? Dah la dia balik kul 6 ptg? Mau jadi sauna penuh wap rumah ni nak tunggu dia balik. Dengan Fifi nya "Mommy mommy *sambil picit2 butang kipas".

Nasib baik ada jiran bijak yang tak protect wifi dia. Terime kasih la jiran. Tu la sebenarnya tujuan kau tak protect, utk membantu mereka yang dalam kesusahan. Bagus. Dan nasib baik sempat charge iPhone ke 20%. Fuh. Sebab aku tengok electrical box tu, aku nampak ada satu switch jatuh, tapi tak tulis la plak ON OFF. Tulis mcm Japanese jek? Kerana tak mau kejadian2 emergency button berulang, aku kena snap gambar dan twitpic la dekat Wandy. Takmau dah aku nak memandai2. Kang jadi pape, dengan aku tak paham Jepon nya. Tak koser ah.

Lepas mendapat green light dari Wandy, baru aku tolak switch tu ke atas. Dan electric pon kembali berjalan seperti biasa. Nasik pon sempat la masak utk Fifi. Dia dalam phase makan sikit2 to taknak makan sangat skrg. Walaupon aku dah kasi spaghetti tomato kat dia, aku gigih jugak masak nasik ngan sup ayam. Takut dia lapar. Haih anak, kalau bukan kerana kau, mak tak masak pon dok sensorang ni. Huehuehue.

Soalan aku, patutkah aku register je iPhone4? Tapi...next generation dah nak kluar kan? Nanti aku rugi mcm beli 3gs, sat gi keluar 4. Jilaka!

Dulu masa kerja HP, kalau cakap kat site service, power trip rasanya diorg tak faham. Maknanya itu bukan bahasa mat saleh. Power cut dia paham, tapi tu mcm referring to planned cut. Apa ah yg diorg paham kalau power terputus? Aku ingat lagi ada member tulis reason server down/unreachable ke ape tah "power trip". Pastu next update, SS ke customer tanya "Trip to where?" HAHAHAHAHA. Macam nak mati aku tergelak dalam opis.

ಌ Lin Ghazale

3 comments:

Ana said...

Ahahahah tiba2 tringat "confuse? Me too" hahahah

Lin Ghazale said...

HAHAA tu pon kelakar. apa la punya pompuan, dia explain dia pon confused.

ummi said...

matik la tergelak memalam buta....

p/s:hi,saya baru je nak drop komeng..nama saya mas =)