Tuesday, July 12, 2011

Tama Zoo #1

It was Fifi's first trip to a zoo. 

Tama Zoo adalah yang paling dekat dengan kami. Keio Line: Takao - Takahatafudo. Keio Tama Dobutsu Koen Line: Takahatafudo - Tama Zoo. Berapa minit tah. Tak kira. Kira aku nak lelap mata pon tak sempat dah sampai Takahatafudo. #potong. Dah la aircond dalam train sedap dan kuat. Tama Zoo terletak di dalam bandar Hino. Tapi bandar ni tak hino mano lah. Biaso jo. Tama Zoo in salah satu zoo terbesar di Tokyo at par dengan Ueno Zoo.

Kami pon kurang pasti kenapa kami memilih musim panas untuk pegi ke Zoo. Aritu sejuk sikit taknak pegi. Panas weh panas. Memang membakar lemak. Permukaan bumi Tama Zoo ni berbukit-bukit. Mengah aku menolak stroller. Takdenya jalan rata. It's either naik bukit or turun bukit.

Sampai-sampai je ofcourse lah beli ticket. Untuk orang dewasa ¥600/head. Untuk kanak-kanak bawah 12 tahun kalau tak silap, free. So ¥1200 untuk kami. Makanan aku dah siap-siap bawak dalam tupperware. Dengan air 2 liter. Lepas masuk, terus makan. Fifi yang pada mulanya tidur, terbangun sebab panas sangat dalam stroller. Berpeluh2. Kesian.

Tama Zoo terbahagi kepada beberapa zones iaitu African, Australian, Asian. Insectarium pon ada.

First sekali kami melawat Africa. Highlight area Africa,
  • Tama Zoo ada sediakan bas untuk tengok lions lebih dekat. Dia bawak korang lalu sebelah lion-lion tu lah. Costnya adalah ¥350/head untuk dewasa. Kanak-kanak macam Fifi free. Budak sekolah and seniors ¥100 kot. Tak ingat sebab bukan kategori aku. Kami tak naik pon sebab rasa mcm tak berbaloi. Dia pusing2 area tu je. Ingat kot ade binatang2 lain yg bole ditonton secara dekat. 

  • Chimpanzees. Ada waktu feeding, tapi terlepas. Kitorang malas nak terkejar-kejar. Memang begitu la kami. Tak kuasa. Rileks-rileks sudah. Chimpanzees ni pandai-pandai sampai aku rasa diorg mcm orang. Haha. Diorg nak minum ade "vending machine" ok? Diorg tekan punat-punat tu, keluar a can of juice. Diorg bukak, minum. Then, can tu diorg buang sendiri ok dalam tong sampah yang disediakan. Maka, sapa suka buang sampah merata-rata adalah lebih *isi perkataan sendiri* daripada chimpanzees di Tama Zoo. Sila amik perhatian ye. Selami diri, selami hati, selami lautan dalam.
Lain-lain binatang bercirikan Africa, giraffe. Aku dah lama tak tengok giraffe weh. Aku ingat sculpture! Sebab diam je dari jauh. Dah dekat baru nampak dia bergerak2. Lagi, burung unta, zebra, pelican.
Kita sambung area lain di entry lain. 18 months old baby beta dah bangun.

Bye!

1 comment:

lyza said...

1st time disini..nak follow la..;)
salam perkenalan..:)