Tuesday, July 19, 2011

Tama Zoo #2

Selepas habis African zone. Kitorang dah tak tahan panas. Maka pegi ke arah Australian zone jumpa adik-adik kangaroo sekalian. Kecik-kecik je kangaroo je. Dari cerita @chikadior yang kangaroo langgar lari kereta dia, aku bayangkan kangaroo tu besar. Ke kangaroo kat OZ je yang gemok?

 Lepas tengok zoo, pegi masuk tempat rehat ada aircond, makan ABC. Nikmat. Makan slow2. Orang pon tak ramai sangat kat dalam tu. Dah habis makan nikmat, salin diaper Fifi, terus pegi tengok koala. Ini highlight bagi Australian zone. Koala. Dia dok dalam satu controlled environment la. Koala kene duduk kat sejuk2 sikit ke? Comel ah diorg tido, makan. Ada sikit ke koala, 4-5 ekor kot. Lepas tu, habis. Haha. Aku ajak Wandy tengok wallaby dgn apa lagi satu tah. Dia kata tamau ah. Binatang Ostolia ni pehal sumer slomo je geraknya. Boring. Ini semua dia yang kata.
Tibe pulak kat Asian zone. Macam biasa lah. Ada gajah Asia mcm kat Phuket. Sian. Gajah tu seko je. Aku memang kesian kalau binatang tu kena kurung seko2. Tertekan hidup dia weh. SAHM pon tak tertekan camtu aku rasa. Highlight kat sini harimau belang tu kot. Ada 3 ekor. Diorg tengah main kejar-kejar. Masuk air, keluar air. Kejar lagi. Pastu berendam plak 3 ekor dalam kolam. Best.

Ha ada cerita kat Asian zone ni. Aku pegi la kat tempat orang utan. Sampai2 je ada pakcik ni gaya orang tak berapa nak betul. Bercakap dengan orang utan tu melalui cermin. Siap tuang kan air bagai. Tuang air tu di luar cermin, konon2nya kasi orang utan tu. Huish saiko hoi. Isi borak2 dia lebih kurang camni  "Gypsi, lama tak jumpa. Haritu aku datang kau sakit. Kau duduk jauh2. Lepas tu aku tak datang lama. Aku tak sihat. Kau apa kabar..blablabla." Gypsi tu nama salah seko orang utan tu la. Ada 3 orang utan melepak kat cermin tu. Aku rasa dia yang bagi nama tu. Bukan orang zoo bagi pon. Beriya2 dia bercakap. Dah le kuat. Jepun lain pon sengih2 je.

Aku duduk situ lama jugak sebab dah terkesima dengan dia kan. Aku ada tanya Wandy, "Pakcik tu cakap apa? Keje sini ke apa?" Sekali pakcik tu terasa aku ngata dia ke ape tah. Dia cakap kat aku "Tunggu turn...ni turn dia". Kuat pulak tu. Aje kan gila la pakcik. Aku tak mau cakap pon dengan orang utan tu pakcik oi!. Tapi kalau aku boleh belek  dekat sket cermin tu pon bagus gak. Anak aku nak tengok hokeh? Hishkhishk. Terus aku blah. Tak koser la nak sakit hati dengan orang mental. Aku rasa dia mental. Ada satu makcik ni mcm ikut dia. Taktau la mak dia ke bini dia ke adik dia ke. Makcik tu mcm tukang gelak. Ntah part mane yang kelako aku tak paham. Jepun lain pon mcm tak berapa paham je muka dan berlalu dari situ juga.
Ok habis dah cerita zoo. Pengajaran, jangan pegi zoo during natsu (summer). Barangkali nak pegi Ueno Zoo bulan 10? Tengok lah tahap kelaratan dan budget. Dah termengandung lah pulak. Hehe.

See You Again!!

Bye.

3 comments:

Anonymous said...

Gambor fifi memang tak boleh blah.umpama #BBNU kat skolah-skolah.hahahahaha

yonna said...

hahahaha setuju komen mini mouse kat atas ni. ke liz ni?

HAHAHA kemain muncung mulut!

Liz said...

Mini mouse tu aku la.mls nk login gmail