Tuesday, July 5, 2011

Takao-eki

まもなく 高尾。 高尾です。 Kata pakcik drebar atau suara merdu mesin announcement.

Train station yang paling hampir dengan rumah kami adalah Takao Station. Mengikut kata wikipedia, Takao-eki adalah the last major station in Tokyo for the westbound Chuo Main Line. Aku pun tak tau Chuo Main Line tu apa kerana aku hanya panggil Chuo Line. Hahaha. Secara kesimpulannya, kami tinggal di pinggiran Tokyo. Orang selalu kata kampung. Kampung pon kampung la. Asal alamat aku Tokyo. :P

Takao ada 2 train lines. Satu adalah Chuo Line run by Japanese Railways (JR). Ini gomen punya ketapi. Satu lagi adalah Keio Line run by Keio, sebuah company semi-private kalau tak silap. Fakta, naik Keio adalah lagi murah daripada naik JR. Katakan aku nak pegi Shinjuku. Keio punya fare adalah ¥350. Manakala, naik JR ¥890 (kalau tak silap). Nampak tak? Sebenarnya, ada yang aku cuba sampai kan. Tempat orang tak semestinya, semuanya, bagus berbanding tempat sendiri. Eh tiba-tiba jadi serius sekali. Ekekeke. 

Tapi train Chuo Line, sedap naik dia macam nak katebang. Mungkin sebab baru. Macam biasa, aku rasa JR train yang bound for tempat cecantik, pepenting je lawa dan baru dan ada screen tulis English dan ada announcer ala2 Yasmin Yusuf yang berbahasa Inggeris. Yang lain tu biasa2 saja. Ada tu yang Jepun sesaja. Satu English pon tarak. So tengok lah map, hafal berapa eki. Mana tau kot2 terlepas dengar announcement pakcik drebar.

Ini Fifi bersama kepala hidung panjang di Takao-eki (JR Line). Ada explanation kat belakang patung ni. Tapi ntah apa. Lenkali la baca balik. Atau nanti aku google. Siapakah gerangan kepala itu agaknya.


Bye!

ಌ Lin Ghazale

2 comments:

Ana said...

Mati2 i ingt u nk tulis psl makanan jepun yg i suke tu..takao yaki hahahah maybe sbb i blasah je sebut, so sume bunyi lebih kurang :P

Lin Ghazale said...

Itu takoyaki kot? haha.