Thursday, July 21, 2011

Pregnancy v3.0

Semalam kami pegi ke City Hall/Ward Office untuk register pregnancy. Senang aje nak register. Tak payah pengesahan doctor pun. Sampai je, cakap dengan customer service officer tu nak register pregnancy. Nanti dia bawak ke kaunter isi form. Carikkan form. So isi lah. Info biasa2 lah. Dah berapa minggu, due date bila. Pastu ada soalan2 sikit. Antaranya adalah "Apakah perasaan anda dengan pregnancy ini? Soalan objective. A. Gembira. B. Suam-suam kuku. C. Tak gembira. D. Lain-lain. So bulatkan lah perasaan kau.Pilihan B tu aku hentam je sebab tak ingat :D

Lepas tu amik nombor giliran, pegi ke kaunter yang diarahkan. Anda akan diberi satu envelope berisi mcm2. Buku, kertas, pamphlet, coupons utk dapat services free or at discounted price, yang berkaitan pregnancy. Sampai terkoyak envelope punya banyak isi. 
Selain itu, anda juga akan dapat benda di bawah. (Badge ke apa nama benda ni weh?) Letak la kat handbag kegemaran anda. Aku tak tau ape fungsi. Mungkin nak bgtau orang anda pregnant secara discreet? Apa2 pon, aku letak je lah.
Lepas tu kitorang nak tanya mcm2. Tapi org tu kata, kalau nak tanya details, kene pegi ke Insurance Center. Alamat ada tertulis di envelope tersebut. Pegi la kami menaiki bas. Dekat je naik bas. Pegi situ Wandy je naik atas gi tanya, aku duduk bawah je la. Fifi pun dah tido. Kalau aku naik sekali pun, bukan aku paham. Ye dak? Baik aku rileks.

Sekarang ni, mencari hospital, medical center, maternity clinic yang bersesuaian dengan jiwa dan raga kami. Balik dari Malaysia nanti, dah 9 minggu dah. Baru nak gi check (?). Aku berharap tempat bersalin yang sesuai nanti tidak kehabisan tempat utk aku bersalin. Dari pembacaan dan pertanyaan, ward bersalin cepat penuh di Jepun ni.

Ok dah. Ayuh pulang ke tanah air! Neegaaaaaaraaaaaaaaakuuuu, tanah tumpahnya daaaaraaahhkuuu...

Bye!

3 comments:

playing.librarian said...

Eh macam bagus nya boleh pi register2 siap dapat goody beg =) comey gila.

mast@work said...

benda tu ko kena gantung untuk bagi laluan kat ibu2 ngandung.. tempat duduk dalam bas, dalam train..

dia tulis

'dalam perut ni ada baby'

comei!

aku harap ada rezeki aku ngandung kat jepun ni.. tp biar ujung2 belajar nnt.. bajet grad bersalin.. hahahaha

Madam Sooyaree said...

Comei nya orang Jepun ni kan.. Jeles noks! Anyway, congrats yang! Makin bertambah askar la ye