Wednesday, July 13, 2011

Paranormal Activity 2 (2010)


Yes. Aku dah tengok. Sorang-sorang jugak. Wandy tak berminat cerita hantu. Kalau aku ajak, dia akan tanya "Cerita kelakar takde ke?". Orang nak tengok cerita hantu laaaaa. Cerita kelakar takde!

Sebelum aku start pasal Paranormal Activity 2. Aku nak cakap pasal Paranormal Activity 1. Mengikut kawan aku yang aku terperangaruh kerana dia menonton PA1 tu, ending kepada PA1 ada 2, 
  • The original ending - the one yang aku tengok. Last dia, Micah kene bunuh dengan awek dia yg telah di-possess, Katie. Dan Katie tu mengelar leher dia. Dua-dua pon mati lah.
  • Lepas Paramount beli cerita tu, dia tukar ending la. Kalau tak, cemana nak sambung nombor 2. Ending dia, Micah kene bunuh by Katie dan Katie's whereabout remains unknown.
Maka, Paranormal Activity 2 ni gang dengan PA1 setelah dibeli Paramount la ye. Paranormal Activity 2 adalah prequel kepada Paranormal Activity 1. Aku rasa PA2 sedikit seram sebab ada melibatkan bayi. Tak tau apsal. Aku kan, kalau hantu kacau budak, aku lagi emosi berbanding kacau orang tua. Budak apa tau...tau nangis je la. Kesian.

PA2 cerita sejarah sikit kenapa demon tersebut mengganggu adik beradik Katie dan Kristi ni sejak dari kecik sampai la sekarang. Dan jugak macamana PA1 tu terjadi. Senang cerita, demon tu kacau Kristi dulu sebenarnya. Lepas tu sebab laki Kristi nak selamatkan dia, laki dia pegi halau hantu tu ke Katie. Tanpa pengetahuan Katie la opcoz. Kalau kau tau ada orang nak kasi demon kat kau, kau nak? Apa-apa pon demon tu memang tak boleh dihalau ke orang lain. Kena ade pertalian darah sahaja. And it has been passed down since moyang2 diorg dulu lah in 1930s. Apa tok nek yang diorg buat zaman dulu sampai demon tu ikut? Itu korang kene tengok ah. Muehehehe.

Katie yang remain unknown tu akan kembali dalam PA2 jugak. Huuuuuuuu.

Tamau la cerita ending dia. Tonton la ye. Tonton secara berjemaah lebih bagus. Boleh nyorok di belakang orang kalau takot. Yang pastinya nanti akan keluar Paranormal Activity 3. Tak sabar mahu tengok!

Sekali lagi aku nak bgtau, aku berani tgk sorang kerana cerita ni hantu dia tak nampak. Cerita dia mcm home video. Macam cerita penyiasatan paranormal kat TV seperti Ghost Hunters (TAPS). Tu pasal la berani, kalau ada keluar tangan kat rambut masa mandi, budak tunggu kat jejari tangga, perempuan dalam selimut, perempuan merangkak keluar dari TV; memang aku takkan tengok sensorang. Thank you very much.

Ok Bye!

1 comment:

Jue said...

errk..citer hantu??bunuh2?? paranormal? nehi..nehi..aku xkan tgk citer2 cm ni sbb sbb aku adalah manusia paling "pentakut"..kalau tertengok mau terbayang 40 ari 40 mlm..sgt2 kagum dgn org yg beranu tgk citer antu sorg2...huhuhu