Friday, July 8, 2011

Paranormal Activity 1 (2007)


Dek kerana termakan hasutan seorang kenalan, aku paksa Wandy tengok dengan aku. Sebenarnya kawan aku tu tak hasut pon tapi sebab dia tulis dalam blog dia, membuatkan aku berkobar-kobar plak nak tengok. Tapi last-last aku tengok sorang jugak. 

Sebab cerita takde tunjuk hantu tu depan mata, takot tu ada. Tapi takot sikit-sikit. Mungkin sebab aku sedang berada di bumi Jepun. Kalau aku ada kat Malaysia, mungkin aku takut banyak-banyak. Sebab Malaysia banyak hantu. Dan banyak cerita mistik. Betul ke tidak, itu aku tak pasti. Belakang kira. Tapi perasaan menonton movie ni, lebih kepada ngeri2 tapi tak takot. Sbb tak nampak hantu as I mentioned before. Part last tu agak mengembangkan tekak. Itu je lah perasaan aku.

Jalan cerita dia simple je. Melalui kehidupan harian seorang couple mat saleh yang tinggal serumah. Pompuan ni memang dah mengalami gejala hantu-hantu sejak umur dia 8 tahun lagi. Mana2 dia pegi, akan ada kejadian-kejadian mistik. Dia takut tapi dia dah lali jugak. Tapi sebab boifren dia ni tak mengerti kesusahan yang dia hadapi sejak kecil, boifren dia selalu la provoke2 entity tu. "Ustaz" omputeh tu dah kata jangan provoke, dia buat jugak. Itu la paling sengal dalam cerita ni. Aku geram je ngan boifren dia. Degil nak mampus! Orang dah kata jangan tu jalan la. So lagi provoke lagi lah hantu tu seronok, ada orang nak main-main dengan dia.

Aku malas nak cerita sampai habis. Korang tengok lah kalau inginkan hiburan berteraskan hantu-hantu tapi light-light. Hahaha.

Next is Paranormal Activity 2. Bila tah?

Selamat berhujung minggu yaw!

12 comments:

Jaja® said...

u know wat, aku pun terpengaruh pas bc blog rina. haha.. tp still takut nak tgk sorang2 =p

Lin Ghazale said...

haha. tu la! tp tgk dalam terang beb. gelap2 sorang2 pon takot jgk. hahahahaa

eqanazira aziz said...

sebab bosan, eqa telah menonton cite nie kat wayang mase bru kuar.....lepas tengok asyik sebut MIKA....MIKA....MIKAA...haha

mast@work said...

ko tak takut ju-on?

hahaha.. baik aku lari sekarang

azzamoro said...

woi tp kat jepun ade antu ju on. budak muke putih duduk tepi tangga tu.

ngn antu rambut panjang kuar tv tu. wuaaaa

Lin Ghazale said...

Mast, Azza,

Ha ah ek ada Ju On. Tapi keadaan rumah ni bukak 1 lampu, semua tmpt kena cahaya a.k.a. rumah kecik. Ju On pn takde tempat nak nyorok dah. Semua FULL. Huhuaua

Azza, hantu rambut panjang keluar TV, The Ring tu eh?

Melissa said...

Beb, u ingat Japan tak byk hantu ke? byk ghost movies dari sana weyyyy. hahahahha. becarefuullllll :p

Lin Ghazale said...

Melissa, hantu jepun dia takat duduk2 tonton org je hahaha.dia tak kacau. Eh takot plak menaip gini kul 2 pagi.

Liz said...

kau pasti ke sebelah rumah kau tu tade orang? nnt malam2 ko nampak ade orang balik tirai tu ...heeeee heeeee

Lin Ghazale said...

Sebelah mana pulak. Sebelah kiri mmg ada org. Org pengoto

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ said...

tgk citer ni ngan hubby time gelap plak tu... bile dh abis baru prasan hubby tdo.. nieza sorg2 layan citer tu... hampeh tul... tp citer tu mmg base true story ke @ mmg btul2 real... konpius sgt2... aritu main dload je citer ni kat torrent..tak tau plak mmg ade kat panggung..hiksss ;p

Lin Ghazale said...

nieyxzha,
tu cerita tipu...
ada 2 ending cerita tu,
tgk yg mane 1?