Monday, July 4, 2011

Monday Blues

Akibat tertidur ketika menidurkan anak, rumah macam tongkang pecah pagi ni. Perasaan yang aku paling menyampah bila celik mata tak boleh nak berpeleseran sangat. Pinggan mangkuk tak susun, dapur tak berlap. Adoilah. Aku pon tak sedar ntah kul berapa Fifi tido, tido kat kaki. Nasib baik aku tak tersepak.

Anyways, kepada kawan-kawan yang memesan barang, ada yang dah cari tapi blom beli, ada yang dah beli, etc. Oh kalau rerasa anda nak mengingatkan saya, sila la ingatkan. Mana tahu terlupa. Sesapa yang tinggal di luar Melaka nanti kita diskus2 lah perjumpaan ye. Atau korang nak bayar duit post? Anda pilih. Aku akan pegi KL jugak nanti, ada urusan-urusan yang perlu disetelkan. Tapi nak jumpa setiap org tu mungkin tidak lah. Huahuahua.

Ok le. Aku kena kemas rumah yang berantakan ni.

Selamat weekdays.

Bye.

ಌ Lin Ghazale

No comments: