Tuesday, July 12, 2011

18 months old!

Fuuuuuuuuuuuuuuuuuh. 1 year and a half! *Pat myself on the back*. Mula-mula kita ucap tahniah kepada diri sendiri kerana bertahan selama 18 bulan. Niat nak breastfeed ada baki 6 bulan. Kalau dia nak wean secara semulajadi sebelom 24 bulan pun, aku redha. Kalau dia still nak breastfeed selepas 24 bulan? Itu kami berdua (Read: Aku dan Fifi) kena diskas secara mendalam lagi. Keke.
Makan aiskrim @ BR
Ye, aku kasi anak aku rasa semua benda selepas umur setahun secara terkawal.

Happy 18 months old Fifi!

Tadi dah dapat hadiah kan? Nursing to sleep. Tu kira hadiah la setelah 2-3 minggu boleh tertidur malam secara bergolek-golek sendiri. Ye kawan2, baru berjaya malam sahaja. Siang-siang kalau kat rumah ni, jangan lah harap.

Bye!

4 comments:

Eiza said...

Bestnya Fifi boleh tido malam tak payah bf. Ajar macam mana tu? Tepuk2 je ke bila dia bangun? Dia tak bangun malam langsung? Kasi tips sikit. Heheh. Jealous nih.

Lin Ghazale said...

Bila masa tido dah sampai, dalam kul 11 ke, tutop lampu semua, breastfeed dia sampai kenyang. Lepas tu cakap "dah habis. sleep". Lepas tu sukati dia nak buat apa, merayau ke apa ke dalam gelap. Lama2 nnt dia ngantuk, dia gi kat tmpt tido dia, bergolek2. Kalau dia mintak, cakap dah habis. Dalam golek2 tu dia tertido. Kadang2, dah bergolek lama sangat, tak tido2, bfeed jugak sbb tak sanggup nak tunggu lagi. Ekekeke.
Malam2 pulak, kalau dia mintak, kasi je. Kadang2 dia bangun, kadang2 tak. Bangun sekali, selalu nya skrg. Banyak lagi nak diajar, baru reti ajar tido malam tu je. Kahkahkahkah. Takyah jeles. :D

Eiza said...

Bangun malam sekali tu pun dah bahagia. Yang di rumah ni, pantang beralih badan je mesti bangun nak t***k. Sejak ada anak ni, dah lama tido tak mimpi. Baru nak tido je, dia dah bangun. Tengah sedap2 tido, dia bangun. Kalau ikut cakap F***s, dia suruh bagi susu sebelum anak tido, lepas tu letak terus dalam kandang dia. Kalau anak bangun tengah malam pun buat tatau saja. Prektis seminggu dua, dia akan tido sendiri. Mungkin berkesan cara ni tapi kita sebagai mak la tak sampai hati tengok anak menangis sampai ke subuh kan.

Lin Ghazale said...

Ooo. Anak omputer camtu kot. Dia tak kasi pun t*t*k kalau nangis malam. Tapi saya ni taktau bezakan dia lapar/haus ke dia nak gayut je...

Kalau dia bangun tengah malam tak nangis takpe. Ini menangis...Kesian la pulak. Kalau tepuk2 pon tak jalan. Nak t*t*k jugak. Kadang2 sampai dukung...suruh dia tido kat bahu, baru letak. Tapi dah malam2 kan, selalunya takde la larat nak dukung2 bagai. Ekekeke.