Wednesday, June 22, 2011

Summer, we meet again (Eleh, "again" konon)

Selamat sore!

Cuaca dah mula panas. Fifi tido malam asik la pusing2. Bila pusing2, pastu takleh lelap, mintak menyusu. Ngaaaaaa. Aku tensen! Oleh kerana itu, semalam lepas Maghrib aku mintak Wandy pegi beli kipas. Aku tak kira, pegi beli kipas jugak sebab kalau Fifi bangun2 malam, aku yang takleh tido. Dia sedap je tido tak sedar diri. Mana boleh jadik! Though aku tido lambat almost every night, I want my sleep time to be uninterrupted as much as possible.

Suami pun pegi lah membeli kipas. Siap tanya, nak warna apa. Bole request. Aku jawab hitam. Tapi dia bawak balik ini:
"Mana hitam nya?", tanya aku. Dia jawab "Ni bilah dia hitam". T____________T. Itu pon bukan hitam, aku rasa itu adalah kelabu. Dia kata manede kipas warna hitam kat sini. Secanggih2 Jepun ni kipas warna hitam pon takde? Tak canggih ah gitu. Msia ade mcm2 kaler.

Kipas canggih kami ni hanya setinggi Fifi. Nasib baik jaring dia bukan jenis jejari2 tu. Putus jari dijolok2nya kang. Mula2 kipas ni diunpack, Fifi takut. Kalau angin tu kena kat dia, dia lari ketakutan. Apadaaaa?

Kipas canggih kami on sejak malam semalam sampai sekarang. Pagi tadi off 5 minit je. Aku takut terbako je kipas ni kang.

Aku ingat nak beli kipas lagi canggih. Yang takde blades ke kan. Canggih sket. Tapi buat ape ye dak? Asal kluar angin sudah. Nak guna time summer je pon. 4 bulan. Lagi 8 bulan bukan guna kipas sangat pon.

Sekian. Terima kasih.

P.S. Skrg dia tengah tido, kipas tu direct kat dia. Itulah namanya pengorbanan seorang ibu. Aku panas.

ಌ Lin Ghazale

1 comment:

Ira said...

Hahaha.. Samalah kita.. Sepul pon balik lab td bawak balik kipas.. Berpeluh2 weh.. Mmg kipas sgt2 diperlukan skrg nih..