Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa 2011

(Re: http://www.cikguliz.com/2011/06/knowing-my-ayah.html)
Kami berkongsi ayah. Cuma memori kami lain lah sikit. Tapi dah nama pon kongsi ayah, maka sifat ayah kami sama lah kan? Takkan dgn dia lain. Dgn aku lain. Nama pon anak-anak ayah. Sila jangan gelak menonton pesen tudung aku. Itulah yang terpaling cun dulu weh. LOL.

Randomly;

Aku memang takut dengan ayah aku sebab dia serius. Ekekeke. Dah tua2 ni takde la takot...tapi takot la jugak sikit2.

Dulu masa sekolah rendah, kebanyakan homework kelas lukisan adalah dilukis dan dikaler oleh Ayah. Memula ayah nak tunjukkan, konon. Sekali aku buat2 mcm "ooo aaa uuu camni ke?". Ayah lukis dan kalerkan je sumer terus. Senang kije dia.

Semua result pekse UPSR, PMR, SPM. Ayah tahu dulu result aku #potong. Nasib baiiikkklahhhhhh....

Ayah suka aku memegang jawatan2 kat sekolah. Tapi aku tak suka. Walaupon telah dinasihatkan banyak kali, aku tetap tak suka dan meletakkan jawatan. Apalah nak jadi.

Setiap kali cuti sekolah, ayah mesti bawak gi jenjalan. At least setahun sekali lah. Usually dalam Malaysia. Berhimpit2 lah kami kat blakang kete. Adik beradik 3 org. Yang tengah2 lah paling sengsara, susah nak membuta. Tapi all those trips sangat seronok.

Aih banyak nak cerita. Takyah lah aku memboring kan kamu2 sekalian.

Ayah dan Fifi, Dec 2010
Gambar aku dengan ayah berdua, tak jumpa. Gambar masa kecik kat Msia dan tiada dalam bentuk digital. Huhuhu.

Dan utk Wandy. #ehsebenarnyanakbuat2lupa. Sentap masih ada. Ekekekekkeeke

Papa dan Fifi, May 2011
Selamat Hari Ayah untuk Ayah.
Selamat Hari Papa utk Wandy.

Hari emak takde sapa pon cakap kat aku. Eh sentap lagi!

Bye!

ಌ Lin Ghazale

1 comment:

aieesha.salleh said...

uih sama.. hari ibu takde orang nak wish pun.. tapi time hari bapa, pagi2 dah ajak kuar wayang lah ape lah, siap post acap ke kampung Shah Alam 2 jam. alasan ayah dia: hari ni hari ayah :P