Thursday, June 30, 2011

Rumah Kemas.

Source
 My theory on housework is, if the item doesn't multiply, smell, catch fire, or block the refrigerator door, let it be. No one else cares. Why should you? - Erma Bombeck

Siapa tak mahu jadi ibu yang perfect? Semua orang nak jadi ibu yang perfect. Orang sewel je yang taknak. Aku rasa lah. Tapi kadang-kadang nak menjadi ibu yang perfect ni boleh mendatangkan perasaan amarah, tertekan dan lain-lain lagi. Tersilap channel kalu, ke anak-anak pegi nya. Maklum lah, kalau dalam kitaran makanan tu, anak-anak paling last. Huehuehue. Anak-anak kalau dia lupa takpe. Kalau dia simpan dalam hati, buruk padahnya di kemudian hari.

Maka ibu-ibu sekalian, terutama yang bekerja tu, takpe lah sekiranya rumah anda hanya berkilat, berkilau bila ada orang nak datang je. Kalau dah tak sempat nak buat macamana? Kesihatan kita perlu dijaga. Kalau kita tak sihat, semua benda tak menjadi. Lagi la rumah tu mcm tongkang. Lebih baik rupa tongkang kecik pecah daripada tongkang besar pecah? Kan?

Utk ibu-ibu tak bekerja plak. Orang selalu assume rumah anda berkilat, berkilau sampai silau bila masuk. Maklumlah, anda tak bekerja. Apa je buat kat rumah kan? Nasihat aku adalah, pedulikkan je diorg! Akakakaka. Sukati aku la rumah aku nak rupa camne pon. Kalau kemas cemana pon, mmg akan bersepah balik. Kalau dah namanya ada budak-budak dalam rumah, memang takkan kemas. Even kalau ada orang dewasa sekali pon, rumah takkan kemas. Nak rumah kemas? Kau kemas-kemas rumah, lepas tu takyah dok dalam rumah tu. Ha itu baru la dapat nak "rumah kemas".

Kesimpulannya, takyah tertekan sebab rumah tak berkemas.

Ini hanya pendapat aku.

Bye!

ಌ Lin Ghazale

6 comments:

Farah said...

hahaha umah berkilat time org datang tu umah aku ler tu

Ana said...

Rumah takde kanak-kanak pun ssh nk berkilat dan kemas sentiasa, org nk dtg pun tak bape nk kilat hahahha and yes, pedulik la rumah kita, kita punya suka la ;)

Lin Ghazale said...

ahaha betul tu kawan2. asal org nampak cantik sket. kita nampak tak berapa cantik takpe. still cantik :P

uji said...

my motto is.. never sweat the small stuff.. macam menambahkan stress jer kalau nak ensure rumah berkilat selalu

Anonymous said...

tapi kalau rumah berserabut lagi la stress... rumah kecik ke, tak cantik ke takps asal bersih sbb islam pun ajar disiplin dan bersih... Jadi routine membersih rumah dituntut, cuma cik abang kena turun padang ye...

Anonymous said...

aku surirumah. anak2 aku slalu kena marah dan aku pun turut sakit kpala hari2 sbb aku nak pastikan rumah bersih dan terjaga rapi. dah 10 tahun aku trained anak2 tp takpenah lekat kat kpala diorang. bila aku mengadu kat mak mertua aku dia kata aku yg tunjuk contoh macam tu. aku heran, yg dia tak sedar yg 100% keje rumah aku yg buat, anak dia takpenah pun nak tlg aku, balik aja kerja terus bukak FB...kdg2 solatpun lewat. aku jadi baran tiap2 hari..kan aku tinggi suara kata aku derhaka pulak, kalu aku kluar nak berjoging nak release tension daripada hal2 dlm rumah dia kata aku kluar nak cari perhatian jantan. naik gila aku dibuatnya, dah lah aku berkorban kerjaya aku. blajar ada degree pun tetap duk rumah jugak. aku benci diri aku yg tak reti nak melawan dan hanya menurut kata je...aku takutkan Allah, tp seakan juga kdg2 aku rasa aku ditindas dan diambil kesempatan sbb aku ni isteri yg tak pandai mbangkang kata suami...