Saturday, June 25, 2011

Nishimatsuya Again.

Salam Sabtu!

Tiada yang lebih menggembirakan hati seorang ibu sekiranya dapat bershopping untuk anaknya (dan dirinya sendiri, opcoz). Aku dah lama nak pegi membuat lawatan ke Nishimatsuya tapi asik terkandas di dalam rumah. Hujan lah. Panas lah. Malas lah. By the way, Nishimatsuya ini adalah kedai barangan budak dan pregnant mothers. Barangan mereka murah. Dah lah murah, siap ada sale. Material dia ok lah. Sesuai nak pakai dok rumah tapi aku buat gi jalan2 jugak. Belasah saje asal comel.

So hari ini kerana termakan pembakaran terbuka yang dilakukan oleh seorang rakan twitter, (Yes you @mast2ra!) aku pon pegi jugak Nishimatsuya walaupon pada mula aku dah terasa malas ya amat! Ajak pegi besok tapi Wandy kata besok hujan. Bila dengar je hujan, terus cepat2 salin baju, semayang. Hujan lagi susah nak berjalan beb. Biar panas, jangan hujan.

Jalan kaki-naik train-jalan kaki. Sampai kedai. Pilih2, amik2, bayar2 dan balik. 7 pieces hari ini utk Fifi. Tak sabar pulak nak pakaikan. Maklom lah, maknya takde pon baju2 baru bagai, pakai baju sedia ada sahaja selagi boleh pakai (Read: sebelum gemuk).

Inilah hasil tangkapannya:
Boleh lah 2pcs shorts, 2pcs skirts, 2 t-shirts pilihan ayahanda Fifi, 1pc sleeveless blouse. Range 179¥to 579¥ (RM6.60 to RM21.40). Yang paling mahal itu aku yang nak. Hihi. Aku rasa cantik, Wandy kata tak cantik. Tapi aku nak jugak. Tapi harga OK lah bagi nilai di sini. Baju singgit, 5hinggit. Sapa mau jual?

Oh ye, shopping di sini, diorg bagi terus hanger tu. Itu adalah satu point positive la bagi aku. Balik rumah, bukak beg plastik dan gantung saja di dalam gobok. Kendian2 je kita pk whether pakaian tu worth utk digantung or hanya dilipat sahaja. Kalau lipat, hanger extra utk menyidai baju di hari-hari mendatang. Suka tak?

Orait itu sahaja.

またらいしゅ。

じゃあね!

ಌ Lin Ghazale

5 comments:

yonna said...

lain macam je. huehuehue

okbai

Lin Ghazale said...

apa yang lain macam nya tu? cuba citer sket. huehuehuehue

Ana said...

Yela..lain macam je bunyi..hihihi..apapun baju sgt murah! Mcm ni bli 10 pun xpe

Ira said...

Huuuu.. Bestnya! Dekat jugak dgn rumah ni, jln kaki je tapiiiii.. Cuba smbg sendiri.. Hahaha

Lin Ghazale said...

Ana, lain mcm hape hoi! Takde lain mcm pape nyaaa punn aduiii

Ira, haha. Kalau anak ada banyak baju summer tak apa. Fifi takde sgt. Lengan panjang je tinggal. Kt mesia dulu bole le bantai longsleeves. Naik kete turun kete masuk shopping mall. Sumer ekonnn. Skrg terbako dlm stroller