Thursday, June 9, 2011

Kami Pendatang Halal Until sept 2013

*Entry tiada gambar lagi*

Alhamdulillah.

Visa utk aku dan Fifi tinggal di sini sehingga selama-lama nye papa habis belajar dah siap. Multiple entry punya permit tu pon sudah siap. Lancar lah semua. Tak payah nak berCOE COE. Cuma kena bayar lah. Utk visa dan multiple entry permit itu. Takpelah. Malas nak bersusah2 dengan COE blablabla tuh. Walaupon kalau ada benda tu, buat visa kat Mesia FOC aje. Huehuehue. Besok, kita pegi buat insurance untuk Fifi dan aku. Bukak bank account utk Fifi. Ada balance beberapa bulan bleh dapat monthly allowance untuk kanak2. Banyak nya duit Fifi, rasa nak mintak je sket.
Source: Google
Alien card kami pon sudah siap minggu lepas. Fifi punya dalam bentuk mcm buku rekod sekolah versi kecik je. Sebab bawah 16 tahun or something like that. Aku punya mcm kad biasa ah. 

 Walaupon bleh stay sampai Sept 2013, kami kena balik jugak bulan depan kerana ticket sudah dibeli. Aritu datang as visitors kan...sebagai visitors, mesti la ada tiket pulang. Maka, pulang mari lah pulang. 7 August kami akan kembali di sini. Dapatlah seminggu berpuasa dan bertarawikh kat Msia. InsyaAllah. Dengan itu, menu makanan mesti start difikirkan dari sekarang suapaya dari 8 August sampai 31 August tu air liur kurang sket meleleh kat tepi bibir setiap kali baca tweets orang di Malaysia.

Lepas tuuu, hujung December or early January kami pulang lagi. Gaya mcm tinggal Melaka - KL. Asik balik jek. Tapi kali ni balik sebab adik no 3 akan berkahwin. Takkan tak balik. Mau kene pelempang sorang2 kecuali Fifi. Lepas adik no 3 kawin, habis dah la adik beradik aku kawin. So bleh la berlumba, mengatur anak plak. Huehuehuehuehuehue. Adik no 3 kata dia nak 10 anak. Aku pulak nak 15. Acakodeng :P

OO aritu masa adik no 3 datang sini, kami pegi Odaiba lagi. Utk bacaan penuh dan sedikit gambar, sila tuju ke blog Cikgu Liz kita.

Horait Bye!

P.S. Eh kenapa aku refer adik no 2 dan no 3 ah? Macam ade 3 adik plak aku. Dah terbiasa mcmtu. Terimalah.

ಌ Lin Ghazale

4 comments:

Liz said...

hotakko 10! aku nak 11 la..cukop satu team.hahahah

Lin Ghazale said...

ahahaaha ok 11!

Madam Sooyaree said...

Bestnya... kita nye PR card still tak siap. Bengong tul US government, main hilang2 kan paperwork, boleh?

Lin Ghazale said...

haish. US gomen pon bleh main ilang2kan paperwork kah?

kena resubmit balik ke?

takpe bersabarlah mak aiyu