Thursday, June 16, 2011

Dia Baik

Landlord aku baik. Setakat ini. Aku kategorikan mereka sebagai baik. Keluarga Saito namanya. Si suami, tak tahu berbahasa Inggeris. Tetapi si isteri tahu. Walaupon sangkut2, dia cuba sedaya upaya. Sangkut2 pon takdelah sangkut sangat. Aku kira dia segan tapi sebenarnya dia reti. Masalah gugup macam kena cakap depan khalayak ramai gitu. Aku pon gugup. Aku kagum dengan kegigihan isteri dia. Pelat dia almost takde lah sebab aku boleh faham dengan jelas. Takda lah aku mcm "Ha?" "Pardon me" etc. Cuma dia gugup. Aku pon takde la hebat mana. Boleh lah setakat perbincangan harian makcik2 bersidang tepi tingkap. Kalau perbincangan ilmiah memang aku fail.

Masa Wandy mula-mula masuk rumah ni, si isteri sibuk mensedekahkan barangan2 rumah. Dia kata dia nampak rumah Wandy kosong je. Alat nak memasak pon takde. Siap nak kasi pinggan mangkuk bagai. Wandy takde lah amik semua kot. Tapi aku rasa cerek yg aku guna sekarang adalah pemberian Puan Saito. Takde mananya Wandy nak membeli cerek semasa ketiadaan aku. Cerek baru pulak tu. Sticker pon masih ada. Dapat kat aku, ligan. Huehuehue.

Tuan rumah ni, rumah dia, depan rumah aku. Bukak pintu nampak rumah mereka. Hihihi. Mudah la kalau ada masalah2 ke apa2. Dia ada anak besar sikit dari Fifi tapi tak penah nampak anak dia keluar main2 depan rumah dia. Baru berhajat nak kawan2kan dengan Cik Fifi yang lonely ni. Hajat tak kesampaian. Takpe la Fifi, nanti mommy kasi kawan 1 ok? EH? #acakodeng.

Hari ni kan, dia ketok pintu "Anyone hoomeee?". Mula2 aku pelik. Siapa plak yg cakap omputeh, ketuk pintu plak. Aku dah bajet org nak berdakwah kat aku lagi. Malas nak melayan la kan kalau dakwah2 Kristian ni. Lempang mau? Dah 2 kali anyone home, aku pegi tengok. Rupa2nya Puan Saito. Dia bagi sebeban plastic di bawah. Untuk dirty diaper. Siap ada nota ha.


  1. Kau tengok tulisan dia. Mak aih. Mula2 aku tengok, ini taip ke tulis? Kemas! Tapi kalau dalam pekse kau nak tulis camni, memang 5 jam tak cukup ah nak dapat ratus2 patah perkataan. 
  2. #bersangkajahat - Kami memang dah ada plastic ni, banyak. Amik dari city hall. Aku suspect, ada org dalam bangunan ni yang mempunyai anak tapi tidak membuang dirty diapers dalam plastic yang betul. Kalau ada, haish tatau lah mau cakap apa! Ntah2 orang atas ni yang aku anti gila!
  3. #bersangkabaik - Mungkin juga Puan Saito memang jenis bertanggungjawab. Bila dia mintak, dia mintakkan untuk Fifi sekali. Kebetulan 2 minggu lepas dia ternampak Fifi masa aku nak keluar. Dia pon nak keluar.
Kesimpulannya, terima kasih Puan Saito.

ಌ Lin Ghazale

4 comments:

Kak Aya said...

salam kenal...baru baca 1 entry di blog ni, terus rasa suka, mesti datang lagi lepas ni.

Lin Ghazale said...

salam kenal :D

@nannoor said...

CANTIK GILAAAAAAAAAAAAAAAAAAA tulisan dia....

Lin Ghazale said...

haaaaa itu lah. bulat2, sama tinggi...mcm menaip