Thursday, June 23, 2011

Belajar Itu Tiada Penghujung

おはようございます(dah pagi kan?)

おげんきですか?

Jangan kau tanya betul ke salah. Cikgu dah tido. Anak murid pandai-pandai nak hidup.

Aku ni nak belajar. Tapi belajar 1 hari, rehat 2 minggu. Lepas tu rasa nak belajar balik. Sambung lagi 1 hari, rehat lagi 2 minggu. Bila nak pandai? Bila? Bila? Aku cukuplah malas nak belajar bahasa di tengah-tengah ni. Di tengah-tengah maksudnya, mcm takde mengikut syllabus. Takde foundation. Takde proper cikgu. Eyceh proper cikgu hangguk kau Lin. Kalau ikut syllabus aku suka, sebab aku faham dari A. Bukan tiba-tiba pegi terus G. Dulu masa zaman persekolahan, aku belajar French. Takat French 1 je lah. Lepas tu "not required", takde kerja lah aku nak mengjahanamkan pointer aku yang cantik tu. #perasan. Suka je aku belajar.

Dah lah malas. Ditambah pulak dengan kondisi otak yang agak slow dah sekarang ni. Mungkin sebab dah lama tidak diasah. Dah jadi beku. Kerja, bukan payah nak pk sangat. Semua boleh bukak buku. Google lah yg terbaik. Siap2 tu kalau taktau nak buat, submit kan saja masalah ke cisco.com. Huehuehue. Lepas tu resign, lagilah beku tahap -30 darjah celcius. Kalau kau tanya aku, the best way nak salin diaper budak masa dia tengah tido tanpa mengganggu tido dia, itu aku reti jawab. 

Akhir kata, syabas lah kepada ibu-ibu sekalian yang sedang belajar. Tak kira belajar apa pon. Anda memang ibu-ibu hebat, tidak seperti aku.

Tapi kan,
The purpose of learning is growth. And our minds, unlike our bodies, can continue growing as long as we live - Mortimer Adler
Sebagai manusia, aku memang suka cari alasan.

Bye!

ಌ Lin Ghazale

6 comments:

Umie said...

aii lagi la pemalas...buku beli dah berbulan2x duk simpan dalam laci..suruh lipas yg benkyo..tuan rumah nak ternak lemak kat badan aje...kekeke

azzamoro said...

aku pun now kalau nak belajar ape2 rase lembab gile otak nak terima pelajaran baru. kalau dalam meeting terangkan product or system baru aku adelah amat ngntuk and boleh pergi ke toilet berkali2 untk basuh muka. apetah lagi kalau dalam lecture hall (if aku sambung belajar la)

aku rase sebab kite dah beranak, urat2 kite semua dah banyak putus la. sebab tu lembab sikit nak terima pelajaran baru. LOL

mast@work said...

alasan je ni..

cepat! pi belajar!! aku boleh, hang pun boleh! aku belajar x sampai setahun dah boleh cakap sikit2 nyah..

faiz said...

nak tanyer... ape the best way nak salin diaper budak masa dia tengah tido tanpa mengganggu tido dia.. hhehe bole? ce cer sikit.. :P

Lin Ghazale said...

Umie, i takde buku. haha buku yang husband tulis ade le. sangat x menarik

Azza, tu la. kene berusaha gigih baru lekat dalam kepala. kejap sangat attention span aku skrg. dah mcm budak.

Mas,
Kau belajar ada gak prektis2 kat skolah. Dah terpaksa kene tau jugak kan..Aku blom terpaksa lagi. Ekekeke.

Faiz,
Selalunya bila dia meniarap lebih mudah. Atau dalam kedudukan mcm katak tu. Sbb semua ruang terbuka bole wipe2 dan sapu2. Takyah angkat2 punggung dia.

yatie said...

perasaan nak sambung belajar tu ada tapi tak tahu otak ni blh lagi ke tak. buat masa ni belajar bahasa cina tengah-tengah jugak :)