Wednesday, June 8, 2011

Aku: 0-6 tahun

Hari ni nak cerita pasal diri sendiri. Dari umur 0-6 tahun.

Rozalinda Binti Ghazale, itulah nama yang tercatat di dalam surat beranak, kad pengenalan dan passport aku. Aku dilahirkan pada hari Isnin, 15 Februari 1982, pada pukul 2.30pagi. Unfortunately, I don't know my birthdate dalam kalender Hijrah. I know I can find it out. I did but I forgot oledi lah. Aku dilahirkan melepasi due date. Due date sebenarnya aku adalah pada 7 Februari 1982. Berat aku ketika lahir adalam 2.85kg. 

3 tahun pertama kehidupan aku, aku tinggal di kuarters Klinik Kesihatan Daerah Jasin. Mak aku dulu seorang jururawat dari umur 18 tahun sampai umur 55 tahun (pencen) Bayangkan? Bleh tahan kerja setempat berpuluh2 tahun. Kau hado? Ayah pulak seorang ape eh? Aiseh lupa. Kesihatan2 jugak. Ape ke nama jawatan dia? Lupa. Ok abaikan. Ayah masih berkhidmat kepada negara sekarang sebagai orang pegawai kerajaan :P.

Dalam tahun ketiga kehidupan aku sebagai seorang manusia, aku berpindah ke Kesang Jaya, Jasin dan mendapat seorang adik lelaki (Aku berharap pompuan tapi lelaki la plak). Timing memang tepat sekali. Duduk kuarters beramai2 mana selesa? Bagus mak ayah aku. Terima kasih. Rumah di Kesang Jaya ialah rumah kampung aku sekarang. Dari warna putih, cream..blablabla. Sekarang dah jadi warna oren. Mak kata, ceria dan senang orang nak carik rumah. Huehuehue. Setahun selepas itu, aku dapat lagi sorang adik perempuan. Maka itu sajalah. Tutop kedai. 3 orang lah kami adik beradik. Aku yang paling manja. Ini adalah fakta. Dan yang paling pandai membawa diri adalah adik no 3. Kesian, kurang kasih sayang ah dia. Kahkahkahkah. 

Kami dijaga oleh Maklong, kakak kepada ayah. Kalau adik no 2 nak menyusu kat pangku maklong, aku memang menyebok2 nak baring jugak. Adik no 3 dah takde ruang, maka kalau dia nak menyusu, dia baring kat tepi je, dapat pegang baju ke kain maklong pon cukup lah. Kesian weh dia. Ade sekali, maklong kata kat satu mak baby ni, "along amik eh baby ni?". Aku jawab "berani laaa amik, Alin pijak2 kang baby tu". Memang dahsyat la aku weh. Nasib baik tak jadi penjenayah.

Tahun ke-empat, seingat aku, aku ada test2 pegi sekolah makan. Ala2 sekolah agama kot. Lepas tu aku dibuli. Maklumlah paling kecik. Langsung aku benti. Haram punya budak2 laki. Tahun kelima, aku masuk tadika. Orang panggil tadika tumpang. Sebab tadikan kan umur 6 tahun?  Kira aku 2 tahunlah kat tadika. Tadika KEMAS Balai  Polis Jasin. Walau tadika 2 tahun, aku tak grad tadika. Gambo pegang konon2 "scroll" adalah. Tapi the actual scroll aku takde. Aku tak pegi pon sebab ayah dan mak kena pindah berkhidmat area Merlimau. Takde sapa nak melayan aku nak pi sekolah kat Jasin. Maka aku tak pi sekolah. Senang citer.

Ok dah habis. Ada masa aku sambung. Takde masa, cerita aku berakhir di sini. Kekekeke. Sebenarnya aku bosan. Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.

P.S. I seriously need to splurge my oh-so-not-much money into something. Rasa kosongnya dunia ini.

ಌ Lin Ghazale

11 comments:

Mama Ardini said...

kesian weh adik no. 3 kau. sedih pulak aku baca part "baring tepi sambil pegang kain/baju maklong"

Lin Ghazale said...

HAHAHAHA. ok je dia skrg. tidak kecacatan kekal. Kekeke cuba kecacatanan yg dibuat2 sahaja :P

UyuNs NuRuls said...

huuh lin ....sku ade lai simpan gambo kite masuk pakaian beragam mase sek tadika berek polis jasin tu hehehhhe...ko pakai baju ala2 pesawah memang cute ahahha muka pun tak berubah sampai skrg..

DeLancrettLurpak said...

Lin, parents still duk kg kesang jaya ke? parents saya pun duk situ gakk.. KJ Utama 2

Lin Ghazale said...

ehhh sama lah kita! a ah still duduk situ KJ Utama 2 jugak, KJ5/1 to be exact. Apa nama ur parents? rumah mane satu?

DeLancrettLurpak said...

Rumah warna biru tepi tanah kosong.. 9009...

Lin Ghazale said...

naik bukit tu eh? sebelah rumah shidee rahman eh? bapak nye rahman haha

DeLancrettLurpak said...

a'ah, betol, tepi rumah pakcik rahman, hehehe

Lin Ghazale said...

oooh haha. kecik aje dunia. rumah parents saya jalan sebelom sampai rumah awak tu lah. KJ5/1..

DeLancrettLurpak said...

hah, nanti saya riki rumah awak balik raya nanti, heheheh

Lin Ghazale said...

jemput la datang raya. i raya di sini saje tahun ni