Tuesday, June 28, 2011

Age Gap

こんばんは。 Good evening.

Alhamdulillah selamat aku menghabis kan puasa aku hari ini. Walaupon melepek sepanjang hari. Melepek2 pun sempat jugak menyertai contest abang rimau. Auuuuummm. Tapi tak menang (yet). Gaya yakin.

Hari ini aku nak cerita pasal baby no. 2 yang blom ada lagi setakat ini. Heh. Sebenarnya aku nak mintak pendapat ibu-ibu yang mempunyai lebih daripada 1 anak. Pada pendapat anda sekalian, berapa tahun gap kah yang sesuai antara anak no. 1 dan no. 2? Kiraan tu mesti lah dikira dari baby no. 2 keluar. Janganlah dikira daripada start pregnant. For the sake untuk kesenangan menjawab, let's just say, semua dah cukup lah. Buat anak je blom. Hahahaha.

Aku just curious sebab macam2 jawapan aku dapat. Ada orang kata jangan jauh2 sangat nanti susah. Ha susah tang mana tu? Bukankah lagi jauh lagi senang? Soalan2 mcmtu lah yang berlegar-legar di ruang pemikiran aku.

BTW, Aku (3), Adik Laki (1), Adik Pompuan (Infinity). Dalam kurungan adalah umur ketika mendapat adik. Adik pompuan infinity sebab takkan dapat adik lagi sampai bila-bila. Huehuehue.

Tanya soklan camni kat blog. Ada bran? Ekekeke. Tolong jangan ada yg terasa  la ye. Kalau ada yang tak sempat plan, itu dikira sebagai rezeki. Dia nak bagi, kita terima. Cuba fikir orang yang dah bertahun-tahun kawin tapi blom lagi dikurniakan anak.

Ok dah.

じゃあね。

ಌ Lin Ghazale

5 comments:

Ira said...

kalo muda lg takpe nak plan jauh2 mcm 3 thn.. 2 thn tu comel la tu.. hehehe.. tp kita hanya merancang, rancangan Allah jugak yg pasti.. like me.. dah nak 4 thn plan x dpt2 lagi.. rezeki kat tempat lain kot.. hehehe..

Lin Ghazale said...

betul jugak. faktor umur kena amik kira.

UyuNs NuRuls said...

lin i choose 3 years...so anak sulung dpt more kasih sayang and dr segi kewangan da ok la sikit sebb anak 1st da besar..dah boleh ajar tak pakai pempars..susu pun dah kurang sikit coz dah banyak makan ....but mcam kater pun ira kite tu semua tu ketentuan kite hanya merancang .....if dapt awal 2nd bby pun ok jugak mesti ade hikmah nye...

yonna said...

err bukan nak share yonna punya thoughts.hahahaa tapi nak bagtau my friend plan 5 years gap -________-

apa pun rasanya kena telek financial dulu baru plan anak kot. tapi rasanya gap 2 tahun pun ok :D

ok selamat mencuba kakak! bai! hahaa

Lin Ghazale said...

haha hotok mu selamat mencuba!
oih kalau akak nak tunggu 5 tahun, dah berkarat dahhhh.