Wednesday, April 6, 2011

Berkenaan WW#14

Bagi menjimatkan wang dan juga menjimatkan tenaga utk mencari tailor kanak-kanak sekitar Melaka, aku decide utk menjahit sendiri baju kurung anakku. Buruk pon buruklah. Janji aku jahit jadi rupa baju. Dan hasilnya seperti di dalam entry sebelum ini. Susah ye nak mencari tailor baju kurung budak ni. Nak2 kat Melaka ni ha.

Sebenarnya kan...belum siap pon. Leher belum siap. Dan kain belum siap. Yea I cheated. Ikut hati aku nak hentam dengan mesin je leher tu. Tapi mak aku kata 'Buatlah mata lalat'. 'Yela mak', jawabku dalam keadaan terpaksa tapi kurelakan jua. Maka, saya akan jahit mata lalat, saya OK.

Baju pertama ni pon bukanlah 100% hasil nukilan aku. Ini ada bantuan la. Kain baju raya Fifi tahun lepas ni. Kita test2 dulu la. Ada lagi 2 psg kain nal dijadikan baju. 1 utk a wedding in January. 1 lagi utk raya tahun ni just in case yg aku tempah tak muat. Maklumlah, kepala besar anakku itu. Bahagian badan pun panjang.

Hopefully tak lupalah ilmu yang diperturunkan oleh mak ni.

P.S. Aku risau, Fifi masih belum fully sihat. Aku rasa tekak dia perit dan berlendir. Tu sbb taknak makan. Kalau dia makan, dia akan rasa loya, nak muntah. Tapi bende kering, goreng2 dia nak. Mcm roti paratha, kentang goreng, biskut Farley dia. Cepatlah elok nak...mommy tension.

Lin Ghazale

1 comment:

Wafaa said...

tepuk tepuk tepuk. kalau aku ada anak pompuan, aku pon nak buatkan dia baju kurung.