Sunday, April 17, 2011

Aku Nampak Macamana?

Aku sedang menolak stroller. Berjalan-jalan melihat-lihat Pavilion. Aku berselisih dengan 2 org wanita yang sedang berjalan-jalan jugak. Aku pandang salah sorang dari mereka. Dia pon pandang balik. Kemudian, kedua-dua mereka pon berlalu. Ala mcm terserempak dengan orang tak kenal lah gayanya.

Tiba-tiba, si dia tadi tu datang dan menyentuh lengan aku sambil menghulurkan kad bisnes;

Si Dia: Hello. Assalamualaikum (sambil hulur kad)
Aku: Waalaikumussalam.
(Dalam hati aku berkata; eh ni kawan lama aku ke? Aku setua ni ke? Aku kenal ke dia? Aku cuba mengimbau kot2 kawan lama dah tak kenal)
Si Dia: Ni kad saya.
Aku: Aaa ok.
Si Dia: You ada bisnes kad? Boleh bagi I? Kita tukar-tukar.
(Aku dalam hati; HAHAHHAHAHAAHA alangkah best nya kalau ada bisnes kad and title is fulltime housewife. We should do that SAHMs!)
Aku: Oh saya tak kerja. Duduk rumah je. Takde kad.
Si Dia: Oo surirumah...ada no telefon? Boleh bagi?
(Masa ni aku dah baca bisnes kad dia)
Aku: Eh? Nak buat apa no telefon?
Si Dia: Saja tukar-tukar je.
Aku: Oo saya takde no phone. Saya tak tinggal kat sini. Saya tinggal kat luar. Ni balik kejap je ni.
(Peh muka yakin gila. Dasar persembahan tahap Oscar!)
Si Dia: Oo ye ke? Balik kejap je la ni? Ooo takpe lah ye. Terima kasih.

First time aku jumpa orang nak jual insurance camni sekali weh. Dalam reramai orang diri situ. Aku jugak yang diapproach. Dah la bukan ade booth or pape pon. Dia pon dtg mcm nak jalan-jalan hujung minggu je.

Kesimpulannya:
1. Aku nampak mcm orang yang takde insurance.
2. Aku nampak gullible.

Apa kesimpulan anda?

Lin Ghazale

5 comments:

Jaja® said...

jom wat bisnes kad dgn title tersebut.

Lin Ghazale said...

haha. jom.

aieesha.salleh said...

hahaha. kelakar lah citer ko nih. Orang jual insuran pun macam tak reti rehat kot, wiken pun jumpa orang jalan2 nak kasi kad..

Anonymous. said...

babe, orang jual insurans syarikat mana tu? dahsyat! :)

Lin Ghazale said...

Am*bank Insurance. Huhuhu