Thursday, March 10, 2011

Sleep & Eat

Sebenarnya, aku takut nak tulis pasal ni sebab I might jinx it. Hehe. Tapi cerita jugak lah. Berita baik kan? 

Sejak dua menjak ni, Fifi boleh terlelap tanpa perlu menyusu terlebih dahulu. (Dalam kata lain, takyah bergayut. Ha anda boleh terime ke term begini? Terime je lah!). Maka, Fifi ada progress lah. Alhamdulillah. Tetapi, bukan mudah untuk menidurkan dia tanpa Bs. Conditions seperti di bawah perlu dipenuhi:
  • Ditidurkan oleh aku dan aku sahaja. Papa tidak boleh sama sekali. Sebabnya? Dia akan melalak macam nak tercabut anak tekak. Sampai suara tak keluar dia punya tarik. Frankly, aku rimas dengan kondisi nak aku setiap masa ni. You can judge me all you want. Put yourself in my shoes, baru uols tau betapa rimas je 24 jam nak berkepit.
  • Perlu dalam posisi didukung atau posisi macam duduk dalam Ergo atau masukkan je terus dalam Ergo. Maybe she wants the warmth kot. Baby kan? Eh baby ke? 
  • Aku kene berdiri. Iye, berdiri sebab dia nak mcm ada hayunan2 sikit la. Kena ade movement. Kalau nasib aku baik, aku move sambil duduk.
  • Kena ada urut2 lembut sikit kat anggota badan. Kena tepuk2 manja gitu. 
  • Kalau malam, bilik mau gelap. Nightlight cukup. Kalau siang, nak gelap macamana? Terang lah! Tapi aku rase kalau malam, dalam terang pon boleh kot. Tapi saje nak ajar, bilik gelap = TIDO. Memang sedari kecik beso kelemut lagi dah ajar camni. Kul 6 ptg dah bukak lampu tido. Mak aku pon pelik apsal kene tutop lampu sumer. Keke.
Nampak macam lama kan? Tapi tak, kejap je kalau dia dah ngantuk. 

Bila bole letak dia ke bawah? Bila dia dah tidur betul. Atau almost la. Ni pon ikut nasib, kadang2 letak tido terus. Kadang2 letak automatic dia cari Bs. Kalau dah cari, tak kesian ke kalau tak kasi? Ternganga2 macam anak burung tapi mata tutop rapat. Kesian wo. Maka, kasi la jugak sekejap. Lepas tu cabut.

Aku harap progress ini akan semakin baik lah kelak. Jangan mengundur pulak. Fifi, you must learn how to sleep by 2yo. If not, you will never have any adik. Ha taknak adik? Taknak sudah, pegi main sorang2 dalam gua!

On another note, aku rasa tiap2 bulan Fifi akan mengalami masalah taknak makan ni. Nak susu aje. Letih la mak, asik2 singkap baju, asik2 singkap baju. Skrg dah pandai luah2 makanan plak! Dulu reti luah jugak, tapi bile ada benda bahaya je la mcm tulang ikan ke ape2 benda besar2 yang dia takleh telan. Skrg? ARGHHHH. Dia mesti buat hal bile dekat2 birthday dia. Nak kata growth spurt, umur dah nak masuk 14 bulan dah lagi 2 hari. Ada growth spurt lagi ke dah beso2 gitu?

Phase terbaru taknak makan bermula pada hari Ahad haritu. Sebelom ni nak la jgk meehoon ke spaghetti ke. Phase yang ni semuanya taknak. Habis ko nak makan apa nakkkkkkk? sate? lemak cili padi? asam pedas?

Aku tensen ah. Tak bagi makan kang baru tau!


ಌ Lin Ghazale

10 comments:

Jaja® said...

daniel skrang pun kadang bole tido sendiri gak. so yeay! tp tak selalu la.

tp siang hari, makin dah besar ni makin nak "atete" je. kesian dia selalu kena jerit dgn aku..

Lin Ghazale said...

aku rasa sebenarnya diorg mmg bole je tido sendiri. tapi taknak buat. haih apa la nak jadi

murn!e said...

dapat feel rase tensen tu dari kulim nih! ahaks!!~

kekadang bila aleesya wat ragam, rase nak gi hantar dia gi umah babysitter semula. hahha.gila jahat niat sang ibu.

saye tensen aleesya takmo langsung minum susu guna botol. jenuh la gini.tak dpt adik la jugak gamaknye. hahaha

Lin Ghazale said...

murn!e pon fulltime kat rumah ke?
fifi pon mmg taknak susu dalam botol. tapi maybe dia taknak susu formula tu kot. dah lama tak pam susu, susu skrg pon cukup2 je. kang pam2, tak minum rugi plak

Ira said...

ayna pon masa baya2 fifi ni susah makan.. kalo makan pon sikit jek.. mmg badan pon lebih halus dr fifi ni.. so as long as dia nak susu tu oklah.. cuba selang seli dgn flavored fresh milk, kalo2 dia boikot food lg.. hehe.. takpon bg dia pegang beskut/fruit sendiri ke.. kot2 dia nak makan sendiri ke sbnrnya.. haha..

Lin Ghazale said...

Itulah. Fifi ni pon 8kilo je. Dlm gmbr nmpk besa. Skrg ni mmg try kasi pegang apa2 yg bole pegang. Tp still sikit jgk mkn. Dulu sekeping roti bole habis, skrg 1/2 pon tak sampai. Haiya. Finin la finin

Lin Ghazale said...

Itulah. Fifi ni pon 8kilo je. Dlm gmbr nmpk besa. Skrg ni mmg try kasi pegang apa2 yg bole pegang. Tp still sikit jgk mkn. Dulu sekeping roti bole habis, skrg 1/2 pon tak sampai. Haiya. Finin la finin

murn!e said...

eh. bukan. keje. tu pasal kate..kalo aleesya buat ragam , macam nak gi antar umah bbsitter semula. penat penat balik keje..nak layan meragam anak lak.

hehehe.

tapi dah namenye anak..ragam pun ragam la. dah sayang kan.. redha je la. huhuhu.

peonate said...

been a silent reader of your blog alll this while haha
tapi rasa nak tercomment kali ni.
sbb Fifi ni byk sgt same dgn my baby, born on 14th jan last year. Tido mmg kene bf dulu and kalau dgn daddy macam kene dera, melalak je. I showed my hubby your blog kate tgk baby ni sama aje macam our baby, development pun same. Then end up dia kate dia actually knows you dulu pernah intern kat proton haha

Lin Ghazale said...

haha i know ur husband. Zeff kannnnn...kirim salam sama dia ok? dengan ucapan "Oi Zeff! Lama tak nampak?"