Friday, February 18, 2011

Happy 29th Birthday Lin

Tiap-tiap tahun since 2001 (sebelum tu aku tak ingat), aku mesti bagi hadiah untuk diri sendiri. This year isn't excluded. Walaupon tidak bekerja lagi, akan ku korek mana2 duit yang ada untuk membeli hadiah. Maklum lah, dah tua bangka ni, sapa pulak nak bagi hadiah kat aku kan? Eh ada, suami :P. Hadiah kacamata rabun je untuk aku. Aku dah 3-4 tahun berkacamata sama. Dah hilang dah skru2nya. Patutnya bukan hadiah hari jadi pon, tapi sebab rasa bersalah memilih yang itu, aku claim as hadiah je la. Kasihan suami :D. Rupa hadiahnya, biarlah rahsia. Eycececeh. Aku dah cerita la pasal ni rasanya. Ok shatap sekarang jugak.

Hadiah yang aku beli utk hari jadi tahun 2011 ni, dah lama dah sebenarnya kepingin. Actually kepingin untuk menukar dari yang lama kepada yang baru. Fikir punya fikir, beli lah yang ini. Kita cuba-cuba. Boleh pegang-pegang, jangan pandang-pandang. HAHAHA. Jangan buat ye anak2. Terbalik lirik tu.

This is the reason I went to OneUtama today. Lama gila dah berfikir. Usha2 barangan. Akhirnya aku pon membuat decision. Bila dah buat decision, kena cepat2 direalisasikan, kalau tidak nanti, flame tu hilang, tinggal bara je. Ekekeke.


Hopefully, aku semakin rajin membasuh muka and muka ada perubahan. HAHA. Mengharap siot. Perubahan sikiiiiittttttt pon takpe la kerana Clinique yang aku dah guna sejak 10 tahun lepas tu dah tak lut dah kat muka ni. Kasihanilah kulit aku. Aku juga baru start memakan Virgin Coconut Oil utk menjaga kulit. Ini adalah di atas suggestion kawan Twitter bernama Nawal. Kulit seperti bayi katanya. Kulit aku tak berapa nak bayi sangat pon la. Baru 2 hari start :D. Janganlah ada yang kata housewife tak perlu melawa2, perlu ok. Untuk keyakinan diri, sebab benda lain dah tak bole jual. Resume? Career? What is that? Ke aku je berperasaan begini. LOL.

Ofcourse pegi ke OU bersama budak kecil tu. Takkan nak ditinggalkan di rumah sorang2. Dah besar sikit ni bole la aku nak handle sorang2. Dulu time kecik, mmg tak penah kot pegi berjalan weekdays. Nak dukung je. Dalam stroller pon taknak duduk. Pengsan! Ya ada Ergo, tapi kalau dia dah tido, patah jugak la pinggang aku yang ramping ya amat nih! Wakakakaka. Orang tido kan jadi lebih berat. No?


So lepas semua tempat nak singgah, check semua credit card dah terminate, hutang dah habes bayar, blablabla. Kami pon pegi la beli rotiboy sebijik. Rehat2 kat kerusi. Lepas tu dia menggunakan tactic menjatuhkan botol air ke bawah sebagai alasan untuk turun dari kerusi. 2-3 kali jatuh....takpe la kasi la dia jalan-jalan. Mula dekat2 je. Lama-lama, jauh oi. Ntah sape2 je la die pegi tenung dan renung. Aku nak tangkap, dia lagi lari. Dia pk aku main kejar-kejar mcm kat rumah ni. Hadoilah. Maka, kena la pakai baby harness nanti. Kang kene culik sape nangis? Jangan main-main.

Orait pinish. Bye.


ಌ Lin Ghazale

6 comments:

Jaja® said...

umo masuk 30 aku nak try SKII.
hoho.. berangan2.

Lin Ghazale said...

try2.

aku penah try beb semasa berumur 24 tahun kot. 3 steps je, rm700. ok fine. bayar saje.

mmg berubah la kulit muka. TAPI! tang dahi aku ade jerawat kecik2 halus2. dr rate normal kepada tak berapa normal. bahagian muka lain semua ok gila. licin, puas hati aaa. tang dahi tu je, aku rimas.

maybe jgk comparison tu tak kena.
sebelom tu bahagian lain ade sejumlah A jerawat kecik, dahi pon A.

pastu bahagian lain jadi A-1, A-2 ke. dahi tu jadi A, A+1. So otak intepret, teroknya dahi ko!

aku berhenti terus, balik ke clinique balik.

matematik nya comment aku.

Wafaa said...

bertahun2 aku mencari tapi tak tahu nak pakai apa. pernah try Dermalogica (tak reti eja), tapi habis kering kulit aku. last2 back to yang harga kurang RM10.

Lin Ghazale said...

mahal kan dermalogica? dulu aku pegi facial guna barang dermalogica. org2 tu asik nak rekemen aku beli la. sbb konon2nya, 1 product semua, di rumah dan di facial session.

tapi mahal nya la aku rasa. aku gune clinique jgk. ok je muka walaupon cmapor pon

Wafaa said...

tu aku ada orang kasi suruh try. dia bagi botol kecik. sekalinya, hampeh.

ehh kalau ko pakai clinique, bole campur2 ek? cth pakai clinique & body shop (contohnya). kalu syampoo aku campur je. haha

Lin Ghazale said...

ooo tak, kalau kat rumah ni tak campur2. kalau clinique, semua clinique. takut nak campur. kang dari muka mcm tiang jamban kayu, jadi muka mcm tiang jamban batu. haha.

masa facial dulu tu je, kt tmpt tu, diorg gune dermalogica.

tapi ada org mmg campur2, pencuci lain, itu lain ini lain. ok je muka diorg. tgk org gak aaa.