Saturday, February 12, 2011

Fifi at 13 months.


  • As of 29 Jan, 2011 - Berat: 8kg only. Tinggi: 72cm. Very slim. Baju pon bole pakai lama, cuma singkat je lah. Haha.
  • Semakin rajin berjalan. Aku yang serun menengoknya sebab terhuyung-hayang. Dari pintu balcony ke dapur sudah pass. 1-2 kali stop saje. Tapi dia buat zig-zag. Bukan lurus je. Tak ke lagi jauh jadinya? Dah tu dalam terhuyung-hayang, ada hati nak menendang bola lagi. Astaghfirullah. Ada hati lagi nak pegang bola and then cuba utk berdiri? Tadi sudah tersembam sekali. Tu la mak cakap takmau dengar! Orang suruh makan, dia nak main2.
  • Kenal beberapa haiwan/benda. Aku tau dia kenal sebab bila nampak or disebut, dia buat bunyi (dalam bahasa dia la opcoz. Mak pulak kene belajar bahasa dengan kau nak...) atau dia buat pergerakan.
    • Goat - eemmmmmmaaaaa - konon2nya emmmbeeekkkkk. kena paham ok? aku igt dulu dia nak panggil aku. perasan sungguh! bikin malu je.
    • Tiger, lion - buat bunyi mengaum. takleh dieja bunyinya.
    • Polar bear - buat bunyi mengaum sambil gerak2 badan ke kiri dan ke kanan.
    • Monkey - ha ha ha! - tu dari punya hu hu ha ha ha ha! dalam app iphone ni ha bunyi gitu, dia amik hujung je.
    • Cat - dia takde ape dia buat, cuma dia gi cari cat tipu dia yg ada dalam bakul mainan. kalau kat kampung dia cari cat betul. kesian anak aku.
    • Butterfly - dia akan genggam-bukak-genggam-bukak tangan. konon2 terbang la kot. sape ajar tah ni.
    • Stroller - tau apa itu stroller.
    • Kaki - tunjuk kaki. I wanted to teach her foot or feet or leg. tapi dia tangkap papa ajar dia kaki. ok fine!
    • Ball - ni dah lama kenal dah.
    • Shampoo - bila tengok gambar shampoo dalam buku, dia akan gosok2 kepala.
    • Water bottle 
    • Fan.
    • Lamp.
    • Hair brush.
    • Itu je la yg ingat. yang dulu2 punya, dah tulis kot. Seperti shoes, socks, books etc.
  • Paham arahan. Kadang2 tak paham jugak.
    • Walk. Kalau tengah pimpin, suruh "walk sendiri", dia akan lepas tangan. Maka, dia paham la "sendiri" tu.
    • Buat sendiri pon paham jugak.
    • Stand up/up.
    • Sit down/sit.
    • Change diaper.
    • Shower/bathtime/mandi.
    • Eat/Mam - ni skrg dah buat2 tak paham T_________T.
    • Drink your water.
    • Brush your hair. Opcoz la paham. Sebab dia tau hair brush tu pegi kat kepala. Wahahaha. Main tipu ye.
    • Move.
    • Close - close wardrobe/cupboard/laptop monitor. Fridge? No no no. Fridge best tak payah close.
    • Betulkan balik TV mommy.
    • Wash your hands.
    • No? Oh nononono. "No" dia tak paham. Mungkin buat2 tak paham sebab "Apa ni banyak sangat no. Sana no. Sini no. I boring lah," kata Fifi.
    • Give me five!
    • Dah lupa dah. Tak, dia bukan paham dah lupa dah. Aku yang dah lupa dah. 
  • Haiwan favorite. 
    • Turtle - :D. Kepada budak2 RPI, please la ok? :P
    • Frog.
    • Fish.
    • Kesemua haiwan di atas, dipanggil "tete" dalam bahasa Fifi. Bunyi "tete" ni macam "turtle" tapi buang bunyi "l"
  • Dia suka usha orang. Dang. Usha baik punya sampai orang tu perasan ok? Orang nak minum pon tak selesa diusha oleh anak gadis ni. Ekeke. Papa kata "Sama la anak beranak". Ye, aku pon mmg suka memerhatikan orang. 
  • Kalau papa dia membebel2, last sekali dia akan cakap "tau tak?" Tapi takda la bunyi sebijik2, tapi mmg confirm la tu maksud dia. Dia cakap lebih kurang camni "Tutak. Tutak" Papa dia suka membebel, pastu ayat last, tau tak? faham tak?
Itu aje la kot. Aku ni pelupa. Masa tengah buat kerja, ingat. Bila nak tulis, tak ingat plak.

Mari tengok budak berjalan. Gaya macam surrender. Sentiasa surrender. 


P.S. Kepada anda-anda sekalian yang rasa aku poyo kerana menulis begini, tak payah la baca eh? Sila la tekan saje tanda "X" at the upper right corner of your favorite browser. Or kalau guna Google Reader or whatever reader, bole close seperti biasa. Fifi pon paham apa itu close, kamon la korang!

ಌ Lin Ghazale

3 comments:

Wafaa said...

wandy tu nak makan ke nak tido?

Anonymous said...

Bile nyanyi incy wincy spider,amik buku suh org baca.

Bile nmpk cat die sebut 'kek' ke 'ka' ntah.tp mmg da ade bunyik cmtu lee

Mama Ardini said...

brilliant fifi! brilliant! :D