Tuesday, February 22, 2011

Banner Biar Tepat!

Petang tadi aku pegi Bukit Beruntung utk amik Wandy. Dia jumpa pembeli scooter kat situ. Lepas tu aku teringat Bukit Beruntung ada kedai jahit yang terang2 dia tulis dia bole alter baju. Aku tak ingat ape exactly kat banner tu, "Menjahit Dan Mengubahsuai Baju"? Kot. Memang tak penah singgah la kedai ni. Kedai fevret kat Bukit Beruntung tu dah tak terime dah alter ke jahit ke. Kena tunggu laaaamaaaaa which I don't have the time for. 

Last 2 weeks, aku ada test satu tailor ni. Tak berapa sedap la dia jahit. Aku rase mcm shoulder lebar je. Tak reti ukur ke apa tah. Atau sebab shoulder pad dia tebal dari yang aku biasa. Terlupa nak pesan aku nak yg paling nipis. Tapi Wandy kata OK je. So aku pk nak pegi alter la. Aku pon pegi la kedai di atas. Memang tak nampak baju2 bergantungan mcm kedai biasa. Aku assume maybe kat blakang2 kot. Belah depan cantik2 sikit ke apa ke.

Aku bawak satu paper bag berisi kain2 la, memang sumer pon dalam tu. Seeing aku punya bag, akak kedai tu terus kata "Kita tak jahit baju dik". Ok fine. Aku jawab lah "Saya nak alter je. Baju kurung bole tak?". Dia jawab "Kita tak alter baju". Ha di sini la aku mcm konpius dan mula hangin sikit. Aku tenung je akak tu dgn muka konpius berbaur sedikit kemarahan. Lepas tu aku pandang banner tu, nak make sure aku baca betol. Memang betol. 

Lalu aku pon berkata,

"Saya rasa baik akak buang je la banner akak gantung kat depan tu. Takyah gantung sebab salah!"

Dan terus beredar. Ntah apa dia cakap lagi tak. Tak pedulik lah aku.

ಌ Lin Ghazale

4 comments:

yonna said...

ok,maka apa fungsi kedai tu sebenarnya? T_________T bengonggg!

Qas Firdaus said...

abis tu sebenar nye tu kedai ape?

Lin Ghazale said...

Tak tau aaaa. Ada nampak mcm plastik bungkus2. Mcm uniform. Alter baju org kilang je kot?

Kalau ye, tulis la "Uniform Sahaja" ke apa ke

Hippie Dude said...

ko nak tau apa yang best tak lyn?

ntah2 kedai tuh kat atas or kat belakang. kedai yang ko jenguk tuh kedai jual daging or something. hahaha.