Monday, January 10, 2011

Sabtu di OU

Hari Sabtu, sempena hari terakhir roadtax  kete tu valid, aku sekeluarga pegi la jalan2. Sambil membeli hadiah Fifi dan barang2 keperluan yang lain. Aku perhatikan, budak2 sekarang ni macam2 fesyen nya. Tapi yang aku notice gila adalah, gaya seluar Aladdin. Pastu ada mcm2 jenis pulak tu.Ramai yang pakai wei. Ke hari Sabtu adalah hari Aladdin? Apa2 pon aku dan Wandy hanya mampu tergelak. Well, aku ni bukan la jenis yg berfesyen sangat. Maka, banyak la fesyen2 zaman sekarang ni yang tak bole diterima oleh otak aku ni. Maaflah. 

Hadiah Fifi dah beli :). Gambar, nanti lah. Sorry Fifi, no party for you. Maybe when you get a bit older? When you have friends that you actually know? Maybe. We'll see. I never had any party. 

Hadiah aku pon dah beli. Tibe2 je aku ada hadiah kan? Sebenarnya bukan hadiah. Aku memang nak buat specs sebab my current ones dah 3-4 tahun dah kot. Since 2007. Skru original dia dah hilang/tanggal. Pegi kedai cermin mata pon, dia belasah je skru ape2 asal bole lekat. Masalahnya lekat die kejap je. Sat lagi dia renggang. So semalam buat la specs baru. Aku bukan la org yg pakai specs selalu. Pilihan pertama aku adalah contact lenses. Tapi kalau malas datang, specs senang. Hoho. Kesimpulannya, kira hadiah la tu. Birthday aku pon dah dekat. Takkan nak claim banyak2 hadiah. Dah la one income family. Sedar la diri tu sikit. Gambar takde. Bendenya pon blom siap, kat kedai lagi.

Harini? Kami duduk bertapa dalam rumah sebab kereta tak bole gerak. Kang kene tahan polis, sia2 je. Dari pagi sampai pukul 12, layan Fifi dgn Barney la rhymes la. Kul 1, dia tido. Layan movie for adults. Bukan adults movie ok? Kau gila? Knight and Day. Lepas tu Inception. Aku tak pasti sebab aku baru lepas makan or cerita tu lembab/aku tak faham ke..tapi aku tido ah. Nanti la tengok lagi sekali.

Ok dah habes. Bye.

ಌ Lin Ghazale

3 comments:

___MaZuRa___ said...

beb.... i pun perasan beb gaya seluar aladdin tu. bersepah sabtu lepas org pakai gaya tu.... i ingat i je yg perasan gaya tu....sama la kite...

Qas Firdaus said...

hehe suar tu nama dia harem. macam haram jadah. hahaha.

ok serious.

nama dia harem. klu kite ni jenis funky2 ok ah pakai suar aladin tu.

qas tak suke sgt fesyen lebih2 ni. baby T and jeans tu ler fesyen paling best. hehe

Lin Ghazale said...

harem jadeh la. diorg mmg fashionable betol la. dgn shawl yg lilit ntah mcmana tah.

akak pon jeans je. dgn tshirt/shirt/blouse.skrg ni ade anak lagi la, yg longgar2 lagi mudah, sbb kot kene nurse kat public, takde la susah nak menyingkap. huhu