Friday, January 21, 2011

Rapuan

Aku rasa mcm penah tulis entry berbaur topik ni. Pedulik apa. Tulis lagi sekali.

Oleh kerana dah bertahun2 raya, aku selalu mengambil langkah terakhir untuk menghantar kain ke tailor. Kadang2 tak siap, terpaksa korek baju2 lama. Tahun ini, aku ingin mengambil langkah yang aku kira, terawal lah. Kain Fifi telah pon dihantar ke tailor untuk dijadikan baju kurung yang comel. Ha apa? Aku kata comel tu comel la. 

Baju Wandy pula, bakal dihantar. Kira dah jumpa la tailor. Dah tanya orang pasal tailor tersebut. Good feedback. Maka hantar je lah. Takyah nak tangguh2 ok? Wandy ni selalu kene paksa buat baju Melayu. Alasannya, pakai setahun sekali. Tapi raya dah memang setahun sekali kan? Kena la cantik2 sket. Nak pakai gi jalan2 pon apa salahnya. Miahahaha.

So, here's the problem. Aku tak bole decide lagi tailor aku. Ada satu yang disuggest oleh Lana tapi nak jugak tanya yang lain. Ok tu je masalahnya. Kain ada 3-4 pasang ni haaaaa. Aih.

Topik lain pulak, Wandy is away. Lambatnya nak tunggu dia balik. Maka weekend aku boring la tak jalan-jalan. Mungkin kena jalan-jalan sendiri ah. Tgh fikir mcmana nak execute ni. 

Sekian saje merapu hari Jumaat.

P.S. Rasa mcm nak tulis surat lagi.

ಌ Lin Ghazale

5 comments:

azzamoro said...

raya tahun ni aku tiru theme kaler ko tahun lepas. turquoise. menarik betul aku tgk. by next month memang aku g tempah baju laki + anak2 aku siap2. hehe

Lin Ghazale said...

marilah menempah. nnt tak terime dah menyesaaallll setahun.

theme kaler aku tahun ini adalah coklat gelap.

Mama Ardini said...

oit. coklat gelap? sama dgn theme kaler pilihan aku tahun ni. adoi. sama lagikah? hahah. tahun lepas da sama biru cair. hoho

Lin Ghazale said...

ahh ko tiruuuu.HAHA.ye la dark brown utk baju melayu lelaki. yg wanita 2 org ni,ade peach/brown/cream.

Wafaa said...

wandy sama ngan laki aku iaitu kena paksa utk tempah baju melayu. sejak kawin, tak pernah tempah. recycle yg mana ada dalam almari.