Thursday, December 2, 2010

Dentist & Fifi&Food

Sejak 2-3 hari ni aku selalu ketandusan idea nak menulis. Hari pon tak berapa ceria. Nak amik gambar pon boring sebab balik2 carpet hijau. Balik2 carpet hijau. :P

Cumanya harini aku sangat gembira kerana gigi dah bersih selepas scaling. SAY CHEESE! EEEEEEEEEEEEEEEE! Bersih kan? HAHA. 

Puan Doktor pon check, fixed retainer belah dalam tu, rupa2nya ada yg dah tercabut kat satu gigi. Padan la gigi aku ade sikit senget. Ishk. Skrg kena la alert sikit terhadap rupa bentuk dan kondisi fixed retainer tu. Kesimpulannya, gigi tak banyak gerak lagi. Puan Doktor kata, bila kita baru nak pakai braces selepas waktu puncak gigi growing (tadi dia sebut dalam umur 14. aku fikir, kira masa remaja sekolah menengah lah), possibility utk berlaku relapse adalah tinggi. So retainer yg bole cabut2 (aku tatau apa dia panggil tah tadi), adalah satu kemestian. Kena pakai ye. Pakai waktu malam sahaja. Fixed retainer hanya untuk hold gigi. In my case, 6 upper and 6 lower teeth. Makanya, tadi aku buat lah retainer baru. Kerana yang lama tu dah patah dah pon. Dah selamat pegi pusat pelupusan sampah. 

Selepas settle semua, aku pegi The Curve. Haruslah amik kesempatan suami half day. Balik rumah awal2 ape barang. Makanan sumer dah siap2 masak dah sebelom keluar rumah. Memang efisyen! Akakaka. Sampai je, terus ke Daiso. Mesti pegi punya. Kaya Daiso. Beli ziploc, beli insulation punya bekas. Ni sumer persediaan untuk berjalan2 bersama anak kecil. Ada lagi sikit barang yang perlu dibeli untuk si anak kecil. Ini lah namanya pengorbanan. HAHA tiba2 plak pengorbanan :P

On another note, Fifi skarang semakin aktif. Aku penat. Dan aku juga selalu rasa nak marah. Ke dah marah dah pon? Sama je. Point dia marah which I shouldn't be doing to a 10 month old. Tapi tekanan nya la bila tengok dia nak main dlm keadaan merbahaya. Nak berdiri tak kena tempat. Aku angkat, dia pegi balik, angkat pegi balik. Cuba ulang sebanyak 5-6-7-8-9-10 kali, naik jugak la darah.

Lepas tu kan, memang budak umur dia jenis tengok orang makan tu dia macam nak gila. Tapi bila cubit, and try kasi, dia katup mulut, geleng2, alih muka, muncung2 mulut sebagai tanda taknak? Normal ke? 

Lagi satu soalan, adakah aku sudah terlambat untuk ajar dia makan bermacam2? Aku nak ajar byk lagi ni, macam cheese, yogurt (sebab aritu dia taknak/belom bersedia, igt nak ajar balik), roti dan banyak2. Roti tu dia macam tak suka, tapi aku selalu sorok dengan pisang. Tapi dia pandai plak, kalau bila kena kat bibir/lidah tu roti, dia taknak, cuba letak pisang dulu kena, dia nak plak. Haish. Skarang ni makanan utama dia bubur nasi la, + ikan/lembu/ayam + sayur2an. DAH TERLAMBAT KE AKU? 

P.S. Bayangkan, list candidate dah ada, cuma kau belum dapat tau nama kau ada dalam tu ke tak? T__________T. Seksa oi! Rasa nak pegi selak, tapi tak boleh. Ekekeke.

ಌ Lin Ghazale

2 comments:

Mama Ardini said...

bole je beb. slow2 ajar dia. izzah bila dah 1 thn baru aku ajar makan macam2. makan kt luar pon senang dah. aku suap je dia apa yg sesuai selagi ianya berkhasiat. hehehe. pastu izzah plak dah kurang layan bubur nasi + ikan/lembu/ayam + sayur. boring kot. :)

Anonymous said...

My cousin recommended this blog and she was totally right keep up the fantastic work!