Monday, December 27, 2010

Bandung 4 - 2

Selamat Isnin semua. Apa khabar baik? Bagus!

Aku lupa nak cakap, nak naik ke Kawah Ratu tu, kena bayar Rp50k/head kot. Kalau tak silap lah. Sebab I tak bayar kan? I tak ingat la u. Kekeke.

Kita sambung percutian I di Bandung, Ganyang Indonesia. Lepas Kawah Ratu, kami terus ke hotspring. Tujuannya ingin merendam Fifi. Orang kata, mandi air panas semulajadi ni elok untuk kulit. hotspring tu menarik ye. Dia mcm air terjun, tapi air dia panas. Haish sedap. Kan best kalau aku budak kecik. Senang salin je kat situ, terus terjun. Oleh kerana aku dah dewasa, aku tak la mandi, cuma rendam kaki je, gosok daki ngan batu2, sementara anak dara ku direndamkan oleh si bapa.

Separa bogel.
Memang separa pon. Aku bawak baju je. Seluar takde. Asalnya memang tak plan nak pegi berendam2 ni pon. Tak masuk dalam aturcara, aku takkan pk la kan. Ni gambar yang decent sket ah. Tak obvious sangat keseparaannya. Masuk sini kene bayar Rp17k per head. Dia mcm taman la di buatnya. Masuk je2 nanti ade la brader2 penjual eskrem yang mengassignkan diri mereka kepada rombongan korang. Dia akan explain2 and tunjuk2, mane sesuai ke apa ke. Upahnya mudah saje. Beli saje eskrem drpd dia. Dia carry satu tong eskrem kat bahu. Eskrem tu tak kira la jumlah. Beli sebatang pon dia terime je. Kalau beli berbatang-batang, lagi la dia syukuuuuuuuuuurrrrr Alhamdulillah.

Dekat hotspring ni, ade masjid ye. Bagus kan? Masjid ke surau tah. Tapi quite besar. Siap azan, siap ade tazkirah sikit sebelum azan. 

Bilik air utk membilas diri juga disediakan. Bayar berapa tah. Rp2k rasanya. Tak ingat. Air paip dia sejuk mak aih. Kesian gila Fifi kene jirus. Lepas tu terus demam sekejap. Maap la ye anak. Takkan nak biarkan je air belerang2 tu kat kulit, jadi lain plak kang.

On the way turun tu adalah ladang teh, ladang strawberry. Standard macam Cameron Highlands la. So kami tak benti pon.

Next stop is lunch at Kampung Daun. Ini adalah tempat wajib sekiranya anda ke Bandung. Sila pergi. Tempat  makan ni dia sediakan huts/pondok. Banyak huts. Dari bawah bukit, sampai ke atas2 bukit, kitorang pon tak larat nak naik tinggi2. Huts ni di tepi air terjun/sungai. Air bukit turun ke bawah. Memang penat ah sape jadi waiter/ress kat sini. Serious bole kurus. Penat wo ulang alik. Dapur kat bawah. Dari pengamatan aku, semua yang amik order, bawak food, adalah lelaki. Yang wanitanya handle hut kat bawah2 je.

Kakilima tu nak naik atas dan atas dan atas.
Air terjun
Bunga-bunga kat tiang tu ada sebab that evening ade wedding at 7pm. Wedding dinner tu will be held kat atas lagi, ada mcm 1 hall terbuka. Lawa wedding dinner dia. Tempat sejuk. Fresh flowers. Makan buffet. Lauk sedap. Hahaha.

Makan Daun @ Kampung Daun
Malam tu kami pegi Rumah Tas dan Heritage (lagi sekali)

Habes.

ಌ Lin Ghazale

No comments: