Saturday, December 25, 2010

Bandung 4 - 1

Pada hari keempat, kami ke Tangkuban Perahu. Sebuah gunung. Gunung volcano yang masih active. Aku baru tau rupanya kan, dalam 1 volcano ada banyak kawah2. Selama ni, aku ingat, 1 gunung volcano tu, 1 kawah je, which is kat puncak dia. Ala macam kita tengok dalam TV. Sebenarnya tidak ye kawan2. Khas kepada kawan2 yang tak tau macam aku je lah. Yang tau tu, anda memang geek. HAHAHA.

The last time Tangkuban Perahu meletup adalah in the 50s, mengikut info Pak Supir. Tapi mengikut info ketua kontigen kita, Wandy, the last eruption was in the 80s. I pon tak tau mane satu betul you. Anda google lah sendiri, aku sendiri belom sempat nak googlekan. So ikut Pak Supir kata, usually volcano ni meletup 50 tahun sekali. Mungkin ni cakap2 masyarakat ye. Sains nya aku tatau. Maka, yang tahun 2000++ nya belum ada lagi. And then Tangkuban Perahu adalah berkali ganda besar daripada Merapi. Maka bayangkan la kalau meletup? Habis lah Bandung. Tak dapat la nak pi sopping. Hehehe.

Kawah yang aku pegi tu setinggi 1830m. Paling tinggi lah rasanya. Besarrrrrrrrr kawahnya. Bau belerang je. Berasap2. Warna hijau2 biru2 putih2 kelabu2 kat bawah tu. Angin kuat. Sejuk! Kawah lain yang aku nampak adalah, Kawah Dolmas - yang ni nak masuk kene guna guider dia. Eh apa nama kawah yang aku pegi ni sebenarnya ha? Kawah Ratu ke? Tak ingat la plak.
Kawah. Actually sebelah kana sana tu ada satu lagi.

Ni bukan kawah

Bergambar dengan FT. Uhuk uhuk uhukkkkkkkk hakptuih.

Jagung manis bakar. CH punya lagi best. Syukur!

A guitar for Fifi.
Horait, kita sambung hari keempat di Bandung di entry yang lain. Nak tengok TV ah.

Bye!

ಌ Lin Ghazale

No comments: