Friday, December 24, 2010

Bandung 3

Kembali bersiaran setelah sehari menjalani hidup sebagai ibu yang tak sihat dan juga ibu kepada anak yang tak sihat. Alhamdulillah. We're getting better. Mari doa. Amin.

Oraitlah. Jom sambung cerita.

Hari 3 Bandung. Plan asalnya nak pegi Gunung Tangkuban Perahu and mandi kat hotspring berhampiran. Tapi aku tukar plan sendiri cakap "Esok kan Jumaat, apa kata kasi Fifi rehat. Yang lain nak pegi bershopping pegi le". Tapi pagi aku terpaksa menghambakan diri kepada Rozalizda. Aku kan pakar. She should pay me something. Hmmm. So pagi tu kami ke Pasar Baru lagi. Konon nya sejam la. Itu hanya konon. Berjam2 dok situ. T____T

Mak: Eh Lin Lin, ni sesuai tak....
Diha: Kaklong kaklong, jom pilihkan orang kain tu ha. Kat kedai tu. Orang tak reti nak pilih kaler.
Adik: Wei kaklong, ni sesuai tak? Lebih sesuai dengan yang ni ke yang tu.
(Dialog di atas mungkin benar)

Aku habuk pon tak dapat apa. Kain perca pon tak dapat. Sedih ah! :|

Lunch hari itu di Sari Pawon rasanya sebab dekat dengan hotel. Sari Pawon ada bahagian yang bermeja mcm standard restaurant dan ada juga yang macam di bawah. Di bahagian belakang kedai ada mcm taman with pondok2 macamni. Ada kecik, ade besar. Yang ni yang besar. Yang kecik2 untuk 5 org kot. Dekat Bandung banyak kedai makan yang bermotifkan macamni. Terutama yang atas2 bukit. Sangat best. Makan panas2, pedas. Angin sejuk. Sepoi2 bahasa. Serious tak tipu. Lepas makan rasa nak landing terus situ dan tido.

I was always the last one to eat...

Because of this little lady...

Sunda
Petang tu, Fifi dah tido syok. Tak sampai hati nak kejut. Walaupon hati meronta2 mahu pegi bershopping lagi. Inilah yang dinamakan pengorbanan. :P :P. Orang lain semua pegi Jalan Dago 2nd round. Aku, Wandy & Fifi tidur2an di bilik. Mengumpul tenaga. Diorg balik pukul 7, terus pegi dinner, belakang hotel tu je. Lepas tu balik rehat.

Walaupon tak pegi mana2. Aku dan Fifi still mendapat 3 helai baju. 1 aku, 2 Fifi. Hebatkan kami? Huehuehuehue.

Hokeh. Bye! Nak masak nasik. Lapau.

ಌ Lin Ghazale

2 comments:

zamnzara said...

aku suka food sunda. dia byk grill2 kan? aku mmg suka bbq ni. apa kata ko try wat party sunda skali??

Azrine said...

teringin nak g sana...