Wednesday, December 22, 2010

Bandung 2

Aku lupa nak cakap hari pertama, aku singgah Donatello. Kedai kasut. Kasut dia bagus. Kalau korang pegi, sila lah beli. Donatello ni ada 2 yang aku tau, satu kat Jalan Dago, satu lagi kat sebelah Rumah Mode.

Hari kedua di Bandung dimulain dengan menjelajah seantero Pasar Baru. Pasar Baru ada jual macam2 yg berasaskan fabric. Eceh. Usually orang pegi nak mencari kain meter. Tapi ade jugak la jual baju, skirts, telekung, bags etc. Pasar Baru ada 6 tingkat/lantai, not included Dasar 1 ngan Dasar 2. Tapi tak pegi semua tingkat la. Pegi lantai 1, sebab ada Toko Laris - jual telekung yang agak murah harganya. So anda pon bole cari kalau pegi. Lepas tu ke lantai 3, mencari kain2 yang berkenaan. Lantai 2 pon jual kain2 jugak rasanya. Cuma kat lantai 3 terletaknya kedai2 yang dah pernah pegi Jan 2009. 

Dalam kami bershopping ni, Amer pegi menjemput ayah kat airport. Ayah sampai je teros pegi makan kat Simpang Raya. Simpang Raya ni masakan Padang. Dia banyak branches la sekitar Bandung tu. Kira mcm KFC huhu. Anda dinasihatkan tidak memakan masakan Padang pada waktu malam. Tengahari sesuai. Sebab dia masak dari pagi. So pk sendiri la.

Lepas makan, harus la pulang dulu ke sarang untuk semayang, kendur2kan urat yang tegang, mandi-manda untuk si kecil.

Petang pulak, pegi Toko Tiga. Konon2nya jual jeans murah. Tapi ternyata tak murah pon. Baik beli kat Mesia. Tak payah pegi pon takpe. Dah la ramai orang. Mcm pelik pulak ada orang beli-belah kat situ bila sebab aku rase tidak berselera untuk bershopping kat situ. 

Kami pon teros mencari outlet2 yang hanya menjual pakaian dan barangan kanak2. Sebenarnya banyak gila outlet kanak2. Aku ada list. Tapi tak pegi la semua. Pegi 2 je kot. Huhuhu. Mi-Yo dgn Anakkecil. Outlet2 kat Bandung ni kena pandai mengorek dan mengumbah. Kalau scan guna mata kasar, nanti tak jumpa betul2. Paham? Dia campur2. Bukan Gap satu bahagian, Zara satu bahagian. Last sekali sebelom makan malam, ke Rumah Mode yuk! Sini memang confirm banyak baju menarik ah. Ini wajib pegi. Kalau tak pegi, rugi. Walaupon harga mahal sikit. Tapi pilihan dia banyak. Layout outlet menarik.

Mi-Yo - bila apa yang disentuh menjadi hak milik si kecil

Anakkecil - bila tidak mahu pulang sebab nak main
Rumah Mode - selesai mengirai duit
Malam kedua, dinner at Cafe Sierra, Dago Atas. Di atas bukit. Makanannya bukan bercirikan local. Ada la nasi. Tapi tak berapa local la. Aku makan Western la. Murah bangat. Anda bole nampak Bandung waktu malam dari sini.

Cafe Sierra, Dago Atas.

Clingy Fifi dah selamat tido.
Ok habes hari kedua. Bye!

P/S: Kalau anda jenis yang amik kira ori ka tak ori ka, maybe anda should just buy directly from the store. Kalau mahu Guess, pegi Guess. Mahu BabyGap, pegi BabyGap. Kat Bandung ni, ada yang ori, ada tak tidak. Tapi I couldn't care less. Asal lawa, aku beli saje. Rasanya takde orang nak belek baju aku/anak aku/husband aku sampai nak tengok ori ke tak. Aku hanya insan biasa.

ಌ Lin Ghazale

5 comments:

Mama Ardini said...

wow syioknya. bagus lin, teruskan menulis pengembaraan anda utk menjadi reference bila aku nk pegi nnt. hoho

wafaa said...

aku cadangkan ko buat list nama kedai2. senang ko nak refer kalau nak pegi lagi. hahaha.. untuk aku jugak, kot2 ada rezeki ke sana.

Lin Ghazale said...

List kedai memang ada. Tapi tak sure la macamana nak letak dalam blog. Wandy buat gune Word. Huhuh. Sangatlah malasnya nak menarik ke dalam ini. Mungkin aku printscreen je nanti. WKhakhkehkeakhe

Anonymous said...

salam sy pmbaca senyap2 ur blog,
insyaAllah nk ke Bandung tis coming monday,nk tnya FO Mo-Yi n anakkecil tu ada pakaian dari umur anak 8 tahun ke bawah ke?

bole tau lg x selain mo-yi n anakkecil mana FO yg ada utk kanak2?

TQ

Lin Ghazale said...

Hi Anon,

Outlet kanak2 banyak. Tapi saya rasa, awak better pegi Rumah Mode dgn Heritage dulu and then lps tu bole decide ke yg lain. Yg kat outlet kanak2 sy pegi tu, tak banyak yg branded label. Byk yg label tak kenal. FO org dewasa pon ada bahagian kanak2.

Tapi ini antara yg ada dalam list FO utk kanak2 sahaja:
Yen's baby and Kid shop Jl. Setiabudhi No. 174 Bandung
Lavie Baby House Jl. Imam Bonjol No. 4-6 Bandung
Anak Kecil Jl. Cimandiri No. 32 Bandung
Rumah Anak Baby & Kids Factory Outlet Jl. Pelajar Pejuang 45 No. 61 Bandung
Kanaka Baby House Jl. Palasari No. 34 Bandung