Monday, December 20, 2010

Bandung 1

Aku dapat jumpa Ariel dalam jel. Caya tak?

Badan dah rase sedikit sihat setelah menelan 2 bijik panadol. Fifi pon dah tido. Aku baru je mengorder pizza dari mana lagi kalau bukan Pizza Hut. Lauk pon takde dalam freezer tu ha. Ikan Fifi adalah. Dengan carrot. 

Mari kita cakap pasal Bandung. Hari Rabu dimulakan sungguh awal. Aku bangun kul 5 pagi untuk masak bubur Fifi. Kemas bende2 kecik. Pukul 8 pagi, kami dah bertolak ke KLIA. Blabla check-in, pastu pegi office MAS nak bagitau ayah tak naik masa flight pegi, tapi flight balik dia akan ada. Naseb baik tanya, kalau tidak, dicancelnya return ticket ayah. Terpaksa la ayah menjadi warga Bandung plak kang :P

Perjalanan kapal terbang ke Bandung adalah memeningkan. Aku rase nak muntah. Masa nak landing tu aku rase aku siap tahan badan dengan kaki. Mungkin kerana angin kuat. Cuaca di Bandung mendung. Macam nak hujan.

Lepas tu terus ke hotel dibawa oleh supir yang telah ditempah khas sejak berbulan2 yang lalu. Pak Agus. Ke Agos:? Tak pasti. Sebut dua2 pon dia dengar jugak. Hihihi. Sampai hotel, mandikan Fifi. Semayang. Keluar balik dalam pukul 4 petang waktu Indonesia Barat.. Terus menerjah Jalan Dago. Buat pengetahuan semua, setiap outlet yang kami masuk sampai hari ke 4, bahagian kanak-kanak adalah yang kami terjah dulu. Wahahahaha. So bole imagine berapa banyak helaisss baju Cik Fifi? Sampai 2012 tak payah beli baju. :P Tipu je.

Jalan Dago tu kami singgah2 outlets on one side je. Pegi yang penting2 sahaja. Kalau nak pegi semua outlets, 2 minggu pon tak cukup. Ekeke. Hari pon hujan gerimis. Kesian Fifi.

Lepas Jalan Dago, kami ke Jalan Riau. 4 outlet yang penting di sini adalah Heritage, Summit, Terminal Tas, Stamp. Empat2 ni terletak kat T-junction. Ada lagi satu, Scarlet. Outlet baru. Nak jalan jauh. So malas. Haha. Kami tidaklah gila sampai semua pon nak pegi. Aku suka Heritage di sini.

Lepas tu dinner ni Sari Pawon. Ke Seri Pawon? Aku rasa Sari. Masakan Sunda. Ikan gurame bakar pedas. Mula2 sedap la. Kalau dah berkali2 makan, @___@ jugak. Pagi, petang, siang malam, makan nasik. Kedai ini terletak di Jalan SetiaBudhi rasanya. Berdekatan dengan Rumah Mode outlet. Rumah Mode ni harus pegi. Nanti kita cerita di entri lain outlet2 yang menarik untuk disinggah.

Trip kali ni memang tak banyak gambar. Sebab shopping2, gambar apa pon yang nak diambil. Lagipon sibuk dengan Fifi yang menjadi begitu clingy sekali sepanjang di sana. Sengal2 segala tulang aku nih. Nanti la lepas settle unpack. Baru tunjuk gambar2. Buat masa ini, baca/tengok je la tulisan2 je :P

Aku rasa tu je dua tempat yang pegi hari pertama. Memang tak sempat nak tulis note. Lagipon, lebih baik pilih baju daripada tulis nota. Muahahhahahahahaha.

ಌ Lin Ghazale

No comments: