Wednesday, November 10, 2010

Sepetang Bersama Miss X

Identity Miss X terpaksa dirahsiakan atas dasar-dasar keselamatan.

Kami telah pergi jalan-jalan di Jalan TAR. Miss X amik aku and Cik Fifi kat rumah ni. Awesome! Rajin dia datang amik. Aku mmg patah kaki. Kereta takde. Sebenarnya dah ajak Wandy pegi Jalan TAR since Sabtu, tapi ntahla macam-macam terjadi, tak pegi pon. Semalam ajak lagi, tak pegi jugak.

Takpe la. Kita cari la jalan sendiri nak pegi. Bukan susah pon. Kawan-kawan kan ada. Ihihihi.

Cik Fifi sebenarnya tak cukup dos tido. So dalam perjalanan dia dah tertido dalam kete. Oleh kerana pegi dengan org, tak bleh la nak layankan dia tido. Aku angkat je la. Dia tido jugak kat baju. Maknenya dia memang ngantok sangat la tu. Kalau tak, mesti dia dah bangun. Ini jalan-jalan pon dia tido jugak. Kasihan.

Pusing-pusing kejap. Pastu dah nak balik, singgah la kedai. Kasi Cik Fifi kat Miss X, aku nak tengok-tengok benda. Dia tido jugak. 

Aku beli la satu inner dan ini:

Shawls
Sebenarnya aku nak beli shawl lain lain. Tapi aku tak jumpa yang tu. Dah merayau-rayau. Takde la banyak sangat aku rayau. Dah tengok mcm dekat 8 kedai (rasanya lebih dari 8), aku assume je kedai2 seterusnya takkan ada. Malas aku. Fifi tido lagi. Lengan aku dah nak tercabut dah. Sebab dah sampai situ kan, adalah bodoh kalau balik tangan kosong. Ye bodoh. Ekekeke. Jangan pulak ada yang terasa hokeh?

Penggayaan
Miss X pon membeli-belah jugak. Tapi balik-balik dia kata tak cukup. Muahahau. Nak borong lagi. Jangan lupa amik kami di sini ye? :P

Lepas tu kami pegi makan. Fifi pon dah bangun. Sebenarnya dia ngantuk lagi. Kasihan. Lepas makan, Miss X hantar balik.

Sampai rumah, kasi Cik Fifi makan, mandi dan dia teros tido lepas Maghrib. Aku pon kena tido awal ini malam sebab possibility dia nak bangun pagi buta adalah tinggi sebab tido awal. T________T.

6 comments:

Anonymous said...

yeaaahhh! lenkali kita pegi lagi...hihihi

Miss X

faiza said...

aku mcm tau jer nama miss X nie.. ade kat twitter ko kan semalam? hihih.. wei colorful nyer shwal.. i likee.. brpe ringgit sekeping?

Lin Ghazale said...

Ekekek. Ko jgn reveal nama miss X. Bahaya. Kalau kantoi. Shawl ni 15ringgit selai. Tp ada budak bgtau kat Melaka 10ringgit je. Xtau material sama ke tak.

Anonymous said...

miss X la sgt ye.wakaka

-umi

Lin Ghazale said...

hahahaha syuussssssssssshhhhhhh

Melissa said...

I nak kenal lah ngn Miss X ni. mane tau dia bole bawak i jalan2 jugak. hehehehe